11/16/2011

Hanya Ingin Awak Tahu

AWAK,
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
AWAK tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.
AWAK,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
AWAK tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.
Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi
AWAK, saya akan sentiasa ada untuk memastikan AWAK bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai AWAK bisa terus tersenyum.

AWAK,
Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang
AWAK.
Kerana kamu juga dah ada pengganti .
Saya senang bila
AWAK boleh kembali tersenyum,
Biarpun yang menjadi punca senyuman
AWAK adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa
AWAK memilih dia.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada
AWAK.
Seperti
AWAK menyayangi dia, seperti saya menyayangi AWAK.
Bezanya, dia juga menyayangi
AWAK.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi
AWAK.
Tidak di dunia
AWAK.
Saya sedih sangat AWAK.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada AWAK seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Saya kena belajar menghargai.
Kata teman saya,
Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu.
AWAK bukan tidak menghargai saya.
Cuma
AWAK tiada apa-apa perasaan pada saya,
Sebab itu
AWAK tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.
AWAK,
Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk
AWAK.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap
AWAK akan mengetahui, betapa pentingnya AWAK dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian
AWAK kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.
.
Semoga
AWAK menemui kebahagiaan AWAK.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan redha dengan emergian AWAKSaya pasti mendoakan AWAK dan dia 
Jika diberi peluang saya x akan sia2 kan peluang yang terakhir ini...

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Eyzafye. Design by Ayu Barbydol