7/23/2012

di dalam hati








 

Adakah cinta bermaksud melepaskan dia pergi? Cuba bayangkan dimana ada dua perasaan yang timbul diantara dia dan aku. Di satu masa, dia benar-benar mengaku yang dia menyayangiku. Sedangkan, di satu masa yang lain pula, hatinya menyintai orang lain. Adakah adil buatku yang selama ini amat menyayangi dan menyintai dirinya sepenuh jiwa dan ragaku? Adakah aku yang patut berkorban demi cintanya? Dia telah mengkhianati cintaku selama ini. Dia juga telah merobohkan segala kepercayaan yang telah aku beri. Mungkinkah aku dapat memaafkannya? Walaupun dia membuat keputusan untuk terus bersamaku, adakah ianya benar-benar tulus dari hatinya? Namun… jauh disudut hatiku ini, aku tidak sanggup melihat dia terus menderita kerana menanggung beban perasaan semata-mata untuk menjaga hati dan perasaanku ini. Aku sendiri tidak rela perasaanku terus dipermainkan. Aku terlalu menyintainya. Cintaku hanya ingin melihat dirinya bahagia. Dalam rasa bahagianya, mungkin aku juga akan turut merasa bahagia. Aku rela mengorbankan cintaku ini demi engkau, wahai kekasihku! Namun, dalam masa itu, aku juga masih mengharap yang engkau akan kembali ke sisiku kerana aku akan tetap menunggumu. Hanya masa yang akan mengubah segala-galanya.

7/19/2012

cerpen: antara 2 kasih





Cerpen : Antara Dua Kasih


Malam yang hening bertemankan ketenangan ini sungguh mendamaikan hati walaupun jiwanya bergelora diulit resah yang tidak bertepi. Mujahid mula menadah tangan. Memohon dan mengharapkan belas ehsan daripada Yang Maha Pencipta.

“Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.”

Tapak tangannya mula meraup perlahan ruang wajah yang masih basah dek sapaan wuduk sebentar tadi. Diaminkan doa itu beberapa kali. Bermohon agar dipermudahkan segala yang sukar. Diringankan segala yang berat. Entah bila semua ini akan menemui penghujungnya. Sedangkan keresahan ini kembali bermaharajalela di pinggir hati. Entah kenapa, sukar benar untuk ditolak pergi.

Bukan sekali.. Bukan dua kali istikharah yang dia lakukan. Malah sudah acap kali. Namun jawapan yang dibutuhkan masih belum menemui penghujungnya. Semuanya kelihatan masih samar. Fikirannya nyata sudah bingung menanggung beban.

‘Adakah hati ini sering alpa sehinggakan terlalu sukar untuk meneka jawapan dariMu Ya Allah.. ataupun aku ini bukan hamba yang terpilih… sehingga melarang aku untuk memilih antara dua kasih insan yang terlalu baik itu? Antara Aisyah dan Khadija… Antara dua orang gadis.. Antara dua kasih… Siapakah yang layak untuk menghiasi kamar hatiku? Menemani ruang hidupku?’

Persoalan itulah yang menganggu benaknya. Kenapa terlalu sukar untuk memilih. Adakah kerana kedua orang gadis itu terlalu baik pekertinya. Masing-masing hebat dalam erti kata yang berbeza.

Khadija…. gadis itu hebat berfalsafah. Senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya. Kesabarannya memang mengunung tinggi walaupun sikapnya agak sedikit kasar. Dia senang memperlihatkan sikapnya yang sangat berdikari.. Nyata dia memang bukan dalam kategori otak kosong walaupun tidak memiliki kelulusan yang tinggi. Jika ditimbang tara sikap Khadija, gadis itu terlalu sempurna untuk dijadikan seorang isteri.

Aisyah pula lain karenahnya. Dia adalah gadis bijak yang sering mendapat perhatian mana-mana jejaka. Gelaran doktor yang baru diperolehinya membuatkan dia kelihatan anggun dengan gaya tersendiri. Orangnya lembut sahaja. Namun sikapnya yang agak manja dan sukakan perhatian itu adakalanya merimaskan diri Mujahid sendiri. Tetapi tidaklah terlalu keterlaluan ataupun manja secara berlebih-lebih. Namun adakalanya memang menyenangkan hatinya.

Adakah kerana kedua-duanya adalah pilihan terbaik yang membuatkan keputusan terlalu sukar untuk dicapai? Adakalanya kusut untuk memikirkan kesudahan kisah ini. Namun cepat-cepat direnjis hatinya ini dengan kesabaran.

Sesuatu yang baik itu memang menuntut kesabaran. Jadi sebagai hamba, kita haruslah lebih berusaha. Kerana setiap kejayaan itu bukan berada di penghujung rasa tawakal tetapi berada di hujung keringatnya. Untuk mendapatkan yang terbaik, diri sendiri juga haruslah menjadi yang terbaik.

‘Wahai Khadija dan Aisyah… bersabarlah… kerana aku juga sedang bersabar untuk menyambut jawapan dariNya.’

Mujahid pasti.. pasti akan ada yang kecewa di antara mereka. Namun dia juga tidak betah untuk memilih. Kerana tidak pernah disangka yang dia akan menjadi pilihan dua orang gadis hebat itu.

Perlahan-lahan dia mula mencapai Al-quran yang sudah tersedia di meja sisi katil. Jiwa yang kering ini perlu dibasahkan dengan bacaan ayat suci Al-quran. Biar kembali tenang.

***

“Oit… berangan ke?” Sergah Amirul yang tiba-tiba datang menyapa. Khadija merengus geram. ‘Balik-balik mamat ni jugak yang datang menyemak?’

“Yang pasti aku bukan berangan pasal kau!” Jawab Khadija kasar. Kembali menyapu habuk-habuk yang berada di sekitar rak almari yang menempatkan balang gula-gula itu. Inilah kerja hariannya sebagai pembantu kedai runcit. Selepas tamat peperiksaan SPM dahulu, inilah kerjaya tetapnya.

‘Errk… ini pun dikira sebagai kerjaya ke? Hahaha.. hentam jelah labu!’ Nak mengeluh pun tak boleh. Sijil SPM nya memanglah bagus. Cuma keluarganya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pelajarannya nanti. Jadi, terpaksalah meneruskan kerja di kedai runcit ini. Setelah lima tahun bekerja, dia sememangnya sudah mendapat kepercayaan penuh daripada Abang Zaki. Pemilik kedai runcit ini.

“Kau kalau dengan aku, memanjang je kasar!”

Amirul mencebik. Sudah acap kali dia terasa hati dengan sikap Khadija yang seakan-akan bersikap tidak endah ketika melayannya.

“Kelembutan aku, bukan untuk kau!”

“Habis tu untuk siapa?” Tanya Amirul. Terlalu ingin tahu.

“Untuk suami akulah…..” Perkataan suami itu ditekankan sedikit. Entah kenapa, wajah Mujahid mula menghiasi ruang wajah.

‘Aduh.. apasal mamat tu kacak sangat ya? Tergugat Iman aku…hahaha.. apa ceritalah mamat tuh? Rindu betul aku pada dia…’

“Errk.. akulah suami kau tu kan…” Amirul sudah tersengih-sengih seperti kera sumbing.

“Tolonglah….” Khadija terus buat muka loya.

“Tolong apa? Tolong terima nikah kau ke? Boleh… sekarang pun boleh! Aku terimanya nikahnya Khadija binti Khairul dengan mas kahwin RM dua puluh sen hutang….” Sakat Amirul selamba.

“Stop! Berhenti mengarut boleh tak? Kau ni memang tak semenggah sungguh!” Khadija mula naik berang dengan sikap Amirul yang tidak pernah tahu malu itu.

Amirul ketawa lepas. Entah kenapa, dia memang senang membuli Khadija. Walaupun gadis itu nampak ganas, tapi lembutnya tetap ada. Walaupun dia sering disindir oleh Khadija, namun dia tahu gadis itu baik hati.

“Alah kau nih… Jual mahal betul…!”

“Kalau aku jual murah pun, yang pasti harga mas kahwin aku tak lah sampai dua puluh sen! Kau ni, agak-agaklah kalau kedekut pun!” Khadija juga ketawa kecil apabila mengenangkan perangai Amirul ini. Mengada je dua puluh empat jam!

“Okay… aku up sikit.. Dua ringgit setengah boleh?” Usik Amirul lagi.

“Hah.. kalau dua ringgit setengah boleh.. boleh dalam mimpi!” Bidas Khadija. Dia kalau dengan Amirul, semua benda pun hendak menang. Mana boleh kalah dengan mamat nih.

Khadija kembali berjalan ke kaunter depan. Manakala Amirul masih setia mengekori.

“Weh, kau tahu kan.. perempuan yang baik ialah perempuan yang murah mas kahwinya… Hah, kau nak jadi perempuan baik kan? So, kau terima jelah mas kahwin aku tuh! Lagipun aku ni pekerja kerajaan je… Kalau kau letak mahal-mahal bangkrup lah aku.”

“Kalau aku kahwin dengan kau, dengan aku-aku muflis! Dah lah.. pergi balik. Balik-balik kerja je terus nak mengacau aku! Aku banyak kerja lagi nak buat nih!” Khadija mula buat-buat sibuk. Dia berpaling ke arah rak belakang dan berpura-pura membelek stok bateri yang masih banyak itu. Harapannya Cuma satu, supaya Amirul segera angkat kaki.

“Errk.. nak kacau boleh?” Ujar Amirul sambil mengetuk sedikit meja kaunter.

Khadija terus mendengus geram.

“Eh, kan berapa kali aku warning.. aku banyak kerja! Janganlah kacau aaa…..” Baru sahaja dia berpaling, dia dapat menangkap susuk tubuh yang berbeza. Bukan Amirul tetapi…. erkk… Mujahid? ‘Bila masa mamat ni terpacak kat sini? Adeii.. kan dia dah nampak perangai tak cukup sifat aku tuh..’

“Oh… kalau tak boleh kacau, tak apalah.. Saya balik dulu.” Mujahid sudah berkira-kira untuk angkat kaki. Sengaja mengusik Khadija.

“Eh.. janganlah balik lagi!” Halang Khadija dengan suara yang agak kuat.

Apabila menyedari kegelojohan dirinya, terus sahaja tangan kanannya mendarat di mulut yang tidak punya insurans itu. Aduh.. menggelabah sungguh bila nampak mamat nih?

“Tak kacau ke? Bukan awak banyak kerja ke?” Senyuman manis mula menyelaputi ruang wajah Mujahid.

“Petang-petang macam ni mana ramai orang sangat…” Nada suara sudah mula diubah. Biar kedengaran lembut sedikit di pendengaran cuping telinga Mujahid. ‘Alahai Dija… Kau memang hipokrit!’

“Oh… tadi tu siapa?” Tanya Mujahid sambil tersenyum lagi.

Nampaknya, Khadija memang diminati oleh pemuda itu. Tapi, sesiapa yang melihat Khadija, pasti akan merasa senang hati kerana Khadija mempunyai raut wajah yang mampu menghilangkan keresahan yang bertandang.

“Oh..itu mamat sengal! Dia memang suka datang menganggu….” Jawab Khadija tanpa tapisan. Tangannya mula memperbetulkan bungkusan yang sedikit berterabur di atas meja itu. Sambil-sambil itu, matanya mengerling sedikit ke arah wajah Mujahid. Manalah tahu kalau-kalau ada riak cemburu ke?

Memang sah!! Sah tak ada…

‘Dia cemburu tuh.. tapi saja nak control macho!’ Sengaja dilemparkan kenyataan itu. Statement nak menyedapkan hati sendiri.

“Yalah… orang cantik. Memanglah ramai peminat.”

“Erk.. peminat ya? Hmm… tak pernahlah pulak si Mirul tu mintak signature?”

Muka Mujahid sedikit berkerut tika menyambut kata-kata Khadija itu.

“Erk.. kenapa nak minta signature pulak?”

“Yalah… kata peminat. Mestilah nak minta autograf kan…. Saya kan artis kat kampung nih…”

Mujahid ketawa kecil. Memang sah! Sah yang dia sudah berjaya dipermainkan oleh Khadija.

“Nakal ya….”

Khadija ketawa sopan sambil senyum malu-malu.

“Bila balik nih… Tak beritahu pun?” Soal Khadija teruja. Hatinya bergongcang hebat. Al maklumlah, si pemilik jiwanya sedang berada di hadapannya. Bukan selalu berjumpa dengan Mujahid ini. Dia berkerja sebagai enggineer di Kota Metropolitan. Sebulan sekali sahaja dapat berjumpa. Itu pun mujur Mujahid balik untuk melawat keluarganya.

Kalau nak kira.. Mereka berdua ini jauh panggang dari api. Seorang enggineer di di Kuala Lumpur, seorang lagi membina kerjaya sebagai assistant kedai runcit sahaja! Tapi jodoh tak kenal pangkat. Tak pandang rupa. Semua ini kerja Allah. Kerja manusia ialah berusaha sahaja.

“Saja nak buat suprise!” Ujar Mujahid dengan senyuman meleret. Nyata, dia juga rindukan Khadija. Cuma dia tidak dapat mengenal pasti bentuk kerinduan yang dia rasai. Adakah seperti seorang sahabat? Adakah seperti kekasih..? Ataupun hanya untuk seorang abang kepada adiknya. Dia sendiri masih keliru.

Walaupun Khadija tidak pernah berterus terang tentang perasaannya, namun dia tahu yang gadis itu menyimpan perasaan terhadapnya. Ini bukan statment perasan! Tapi ini adalah hakikat yang sayang disedarinya.

Jika Khadija tidak menyintainya, masa gadis itu tidak jemu-jemu menghantar pesanan ringkas untuk mengucap selamat malam.

Mujahid masih ingat lagi. Sewaktu di awal perkenalan mereka, mereka pernah berjanji. Walau sesibuk mana sekalipun, pastikan setiap hari ada ucapan selamat pagi dan selamat malam.

“Tapi saya susah bangun pagilah Id…” Protes Khadija selamba. Dia begitu tenang dalam melahirkan keperibadiannya. Langsung tidak terkesan sebarang riak lakonan.

“Okay.. kalau macam tuh, awak wish selamat malam, saya wish selamat pagi. Boleh?” Laju sahaja Mujahid memberikan cadangan.

“Okay.. deal!”

Namun adakalanya Mujahid sering ketinggalan dalam mengucap selamat pagi buat gadis genit itu. Memang rasa bersalah mampir pada diri. Rasa segan dan malu juga ikut turut menerpa. Kerana Khadija tidak pernah gagal menghantar pesanan ringkas itu kepadanya. Dan tidak pernah sekalipun Khadija merungut tentang kekhilafannya itu.

“Oit.. berangan ke? Ingat kekasih yang berada di KL ke?” Sergah Khadija sambil melambaikan tangan dihadapan Mujahid.

Nampak sangat sedang berangan! ‘Hmm… ingatkan si dia lah tuh!’ Hati Khadija mula diserang angin cemburu. Namun dia bukan sesiapa di hati Mujahid. Apatah lagi dia bukan seorang yang layak untuk mencemburui gadis lain.

“Kenapa nak ingat pada orang jauh… Orang kat depan ni kan ada!”

Tanpa sedar, ayat itu meluncur keluar dari mulut Mujahid.

“Hmm.. Jangan membeli jiwa andai tidak berniat untuk membayarnya…” Tegur Khadija sambil mengelak dari memandang Mujahid.

‘Ya Allah… pertama kali aku diserang angin perasaan ini. Memandangnya akan mendamaikan hatiku. Mengingatinya hanya akan menguntumkan senyumku.. Ketenangannya… Kekacakkannya…. Kemanisan senyumannya… mampu meluluhkan jiwaku. Namun andai dia bukan milikku, moga kau selitkan rasa redha dalam jiwaku. Kerana aku sedar yang semua ketentuan adalah dengan izinMu Ya Allah…’

“Maaf… saya…..”

“Tak apa…. saya tak kisah pun! Hmm… Aisyah apa khabar?” Pintas Khadija cepat-cepat. Sesungguhnya, dia tidak berniat untuk membuat Mujahid merasa serba salah. Jika boleh, dia ingin menjadi wanita yang menyenangkan hati Mujahid. Biar Mujahid berasa selesa untuk berada di sampingnya.

“Alhamdulilah.. dia sihat.”

Mujahid sendiri tidak dapat menebak perasaan Khadija sekarang. Mungkinkah gadis itu cemburu? Marahkah dia pada Aisyah..? Namun perilakunya tidak menunjukkan sedemikian rupa. Ataupun gadis itu ingin menyembunyikan rasa gundah yang berkelubung.

‘Arrghhh… gadis ini terlalu baik dan kesabarannya nyata mengunung! Akukah yang terlalu kejam kerana membolak-balikkan perasaannya!’ Ya… Sekalipun Khadija tidak pernah bersikap memaksa ataupun mendesak. Bimbang juga andai dirinya telah mengambil kesempatan di atas segala kebaikannya.

“Okaylah… saya beransur dahulu.. Sampaikan salam saya pada pak cik ya!” Pesan Mujahid sebelum mengundur diri.

“Erkk Id…. Awak balik bila?”

Mujahid yang baru melangkah dua tapak itu mula berpaling.

“Hmm.. Mungkin saya balik lusa. Kenapa?”

“Oh… tak ada apa-apa.” Khadija mula mengelengkan kepalanya. Walaupun mungkin Mujahid tidak akan berjumpa lagi dengannya, tapi dia tetap gembira. Gembira kerana Mujahid berada dekat dengan dirinya. Walaupun mungkin Mujahid jauh dari gapaiannya, namun dia tetap bahagia. Mungkin inilah yang dinamakan cinta tanpa syarat. Kita akan tetap merasa bahagia walaupun melihat dia sedang berbahagia bersama orang lain.

‘Aisyah… ya.. gadis itu mungkin adalah sainganku! Namun aku tidak betah untuk membuatkan Id susah hati dengan karenahku. Andai benar Aisyah mampu menjaga Mujahid dengan baik, siapa pula aku untuk melarang!’

Pelik kan…. tapi cinta itu memang aneh!

“Errk.. esok awak free tak?” Tanya Mujahid tiba-tiba.

“Hari sabtu memang saya cuti.. Kenapa?”

“Kita keluar nak?” Hati Khadija kembang seladang apabila menyambut perlawaan Mujahid yang seperti bulan jatuh ke riba itu!

“Pergi mana?”

“Jalan-jalan… tolong jadi pemandu pelancong saya…”

“Boleh… dengan syarat awak jadi driver saya!”

Akhirnya mereka sama-sama menguntumkan senyuman. Entahlah, rahsia hati ini memang tidak akan diketahui oleh sesiapa pun. Malah kadang-kadang tuan punya badan sendiri masih kelu dan bisu dalam meneka rasa hati. Dan sebagai manusia, kita juga haruslah cuba mencari gali segala maksud tersirat. Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya.

***

Aisyah membelek fail milik pesakitnya. Entah kenapa hatinya tidak keruan. Fikirannya dijengah kekalutan apabila mengenangkan kepulangan Mujahid ke kampung halamannya.

‘Pasti dia akan menemui Khadija…. Pasti!’ Monolog hati Aisyah sendiri.

Terlalu sukar untuk menempatkan diri di dalam jiwa Mujahid. Terlalu sukar untuk memiliki hati Mujahid. Apatah lagi sekarang apabila dia mengetahui yang dia mempunyai saingan.

‘Arrrgghhh… Mujahid sendiri masih sedang berteka-teki sendiri! Tegar membiarkan aku terkapai-kapai tanpa sebarang jawapan. Kalau sayang… ungkapkanlah rasa sayang itu! Kalau tidak, tidak perlulah dipanjangkan lagi kisah ini. Tetapi mampukah aku menerima kenyataan jika Mujahid tidak memilih aku?’

“Doktor… Doktor tak apa-apa ke?” Tanya Suhaila. Jururawat yang bertugas bersama-sama dengannya ini.

“Saya okay… Cuma pening kepala sedikit.” Jawab Aisyah. Sekadar berbasa-basi dengan Suhaila. Hakikatnya jiwa raganya memberontak! Kalau ikutkan perasaan, mahu sahaja dia ke kampung Mujahid sekarang! Melihat keadaan lelaki itu? Entah-entah, lelaki itu sedang ketawa riang bersama Khadija!

“Nak saya ambilkan ubat?” Pelawa Suhaila prihatin.

“Oh.. tak perlu. Awak boleh sambung kerja awak. Lagipun sekarang waktu saya rehat! Saya nak tidur sekejap.” Ujar Aisyah sambil tersenyum sedikit. Sedangkan rasa hatinya sudah membuak-buak. Mengeleggak seperti di atas dapur.

Masih teringat perbualannya bersama Mujahid kelmarin.

“Esok saya nak balik kampung!” Suara Mujahid yang berada di corong telefon itu kedengaran ceria sahaja. Sedangkan jiwa Aisyah disambar bahang kepanasan apabila mendengar perkataan kampung.

“Buat apa balik kampung?” Soal Aisyah tidak berpuas hati.

“Lah… jenguk umi dan ayah lah…” Standard jawapan untuk soalan tidak rasmi.

“Ke nak jumpa Khadija?” Protes Aisyah penuh rasa cemburu.

Walaupun dia tidak pernah bertentang mata dengan Khadija, tidak pernah mengenali Khadija namun dia tahu yang gadis itu terlalu istimewa di dalam hati Mujahid. Mulur Mujahid memang teramat ringan jika bercerita perihal Khadija. Menceritakan kesabaran dan ketabahan gadis yang bernama Khadija.

Cemburunya menggunung-ganang banyaknya. Tidak terhitung dan tidak terkira. Gadis itu sentiasa mendapat tempat di hati Mujahid.

“Nak jumpa Khadija pun satu sebab jugak…” Seloroh Mujahid sengaja. Tahu benar akan sikap cemburu Aisyah pada Khadija.

“Ialah… Khadija tu gadis teristimewa kan… Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan dia..” Aisyah sudah mula mengeluarkan stok ayat-ayat pasrahnya.

“Masing-masing istimewa dalam kelas yang tersendiri… Saya tak pernah pilih kasih Aisyah…”

“Tapi awak kena ingat… Awak tak boleh tamak! Awak tak boleh terima dua-dua kasih itu.. Tapi awak kena pilih antara dua kasih!” Tekan Aisyah sedikit.

Kali ini Mujahid mengeluh sedikit. Inilah sikap Aisyah yang adakalanya merimaskan dirinya. Cemburunya mengunung tinggi. Berbeza dengan Khadija yang seakan-akan tidak berperasaan itu.

Memang Aisyah telah pun meluahkan perasaan sayangnya… Gadis itu dengan beraninya berterus terang dengan dirinya. Satu sikap berani yang sangat-sangat Mujahid puji! Sikap berani yang mungkin tidak ada dalam jiwa Khadija.

“Aisyah… kan saya mintak masa….”

“Berapa lama lagi masa yang awak perlukan Mujahid? Sudah lebih dua bulan… Tak kan awak masih belum berjumpa dengan jawapannya! Kalau benar awak memang memilih Khadija, jadi jangan muncul di hadapan saya lagi. Jangan buat saya macam ni.. Hati wanita ini tidak terlalu kuat untuk menangung keperitannya….” Keluh Aisyah pula. Air matanya sudah mula mampir di juring mata.

Rasa sebak mula menghuni rasa hati!

“Aisyah… kadang-kadang saya rasa yang awak terlalu mencemburui Khadija.”

Adakah ini memang suratannya? Wanita yang bernama Aisyah pasti akan mencemburui Khadija. Saidatina Aisyah tidak pernah mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain tetapi beliau sangat mencemburui Saidatina Khadijah kerana baginda Rasulullah sering menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di Syurga yang bertahtakan permata. Malah setiap kali jika melakukan penyembelihan, pasti Rasulullah akan membahagikan sebahagian dagingnya kepada keluarga Khadijah.

“Memanglah… Macam tak ada perempuan lain!” Dengus Aisyah sedikit marah.

“Awak tahu…. Dua ciri yang paling menonjol dalam diri Saidatina Aisyah ialah sifat manja dan cemburunya yang tebal selain daripada kepintarannya sebagai seorang pendidik, pengasuh umat Islam, periwayat hadis dan Aisyah sememangnya srikandi Islam yang sangat pintar. Saya rasa kalian berdua memang tidak jauh bezanya… Seorang wanita yang sangat pandai namun pada masa yang sama wanita yang bernama Aisyah ini sangat mencemburui Khadijah. Tapi awak kena ingat, cemburu Saidatina Aisyah itu kena dengan tempatnya… Kerana wajarlah dia mencemburui seorang wanita yang mendapat tempat di hati pesuruh Allah itu. Sedangkan Khadija yang berada di kampung itu tidak perlu dicemburukan… Dia hanya gadis biasa yang langsung tidak mempunyai kelulusan yang tinggi seperti awak. Malah saya juga bukanlah seperti Rasulullah yang layak untuk didambakan wanita…”

Tenang sahaja ayat itu keluar dari mulut Mujahid.

“Maaf kalau sikap saya agak keterlaluan… Saya cuma terlalu bimbang andai kata saya tidak mendapat tempat di hati awak.” Ujar Aisyah jujur.

“Manja dan cemburu itu perlu ada… Namun ia perlu berpada-pada. Bimbang nanti rasa cemburu dan manja itu akan merajuk fikiran untuk menanamkan rasa dengki sesama manusia.” Wah… Mujahid seolah-olah tidah ubah seperti seorang Ustaz pula.

Seorang manusia itu memang diciptakan untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini. Dia tidak perlu menjadi seorang ustaz ataupun terpilih menjadi Imam Muda. Cukuplah dia dapat memperbetulkan kesalahan yang kecil. Kerana perkara yang dianggap remeh sebenarnya mampu mengugat perkara yang besar. Menegur sesama manusia itu adalah salah satu cara untuk beringat. Kerana alpa dan terleka, memang lumrah sikap manusia.

“Saya kagum dengan Khadija awak…. Mesti sikap kami terlalu berbeza kan…?” Soal Aisyah perlahan.

“Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kerana sesuatu itu memang telah diciptakan begitu. Ada lebihnya dan akan ada kurangnya. Itulah bukti yang membuktikan manusia itu tidak sempurna. Saya sendiri pun tidak sempurna Aisyah… Jika tidak, pasti saya dapat memilih… dengan mudah.. siapa calon isteri saya!”

Seketika, mereka saling ditenggelami dengan kesunyian.

“Tapi saya pelik… Bagaimana awak begitu yakin yang dia sukakan awak jika dia sendiri tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap awak?” Sedari dahulu lagi dia ingin bertanya soalan itu. Namun sentiasa beku di ruangan otak.

“Jika dia tidak suka… jika dia tidak sayang… pasti dia sudah lama berhenti mengucapkan selamat malam kepada saya. Pasti dia sudah berhenti berharap apabila saya tidak lagi mengucapkan selamat pagi kepadanya. Ini membuktikan yang dia menyayangi saya. Kadang-kadang, ucapan sayang itu tidak perlu diungkapkan. Cukuplah sekadar menjadi fahaman kedua-duanya.”

Terdiam Aisyah dibuatnya. Sungguh, selama ini dia sering menyangka yang dialah orang yang paling setia pada Mujahid. Orang yang paling cintakan Mujahid. Tidak akan ada seseorang yang mampu menandinginya. Namun kini ternyata dia silap. Silap menduga bahawasanya percaturan Allah itu lebih hebat.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Itu adalah janji Allah. Sesiapa pun tidak mampu untuk menghalangnya.

‘Namun, adakah aku cukup sempurna untuk berdampingan dengan Mujahid. Mengenangkan segala kelemahanku dalam meniti hidup ini, aku dapat merasakan bahawa aku bukanlah seorang yang layak untuk menghuni hatinya. Menjadi penyejuk hati sekaligus menjadi penawar kegelisahannya.’

“Apa-apa pun, saya tak akan beralah selagi belum mendapat keputusan awak Mujahid….” Ujar Aisyah sendiri. Terlupa yang sudah terlalu jauh dia mengelamun. Memikirkan untung nasib hidup bersama Mujahid nanti.

Ada jodoh tak kemana… Tak ada jodoh, nak buat macam mana..

***

Fail-fail yang berteraburan di atas meja kerjanya, mula disusun di tepi meja. Jam di dinding sudah mencapai angka enam petang. Dia sudah tidak betah lagi menghabiskan waktunya di pejabat ini. Dia ingin pulang berehat di rumah. Kalau ikutkan, kerja di pejabat ini memang tidak pernah habis. Ada sahaja yang perlu menuntut kudrat akal fikirannya. Namun itulah tangungjawab yang harus dipikul oleh seorang pekerja.

Namun sebelum pulang, seperti biasa, tangan kanannya rajin menarikan tetikus dan menekan keyboard komputer. Sudah biasa menjenguk blog Khadija yang berkonsepkan Ilmiah itu. Mujahid suka kerana Khadija pandai menyusun ayat untuk menjadi santapan rohani para pembaca.

Komen-komen yang diterima dari pembaca juga sangat menggalakkan. Khadija tidak ubah seperti pakar motivasi sahaja.

Jangan mencari Allah kerana menginginkan jawapan….

Carilah Allah kerana kita tahu bahawa Dia lah jawapan yang kita perlukan…

Tiba-tiba mata Mujahid terpaku pada sebaris ayat itu. Penuh makna tersirat yang mampu menyelongkar isi yang tersurat. Perlahan-lahan dia mula menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi.

Mujahid kembali mengemas kembali diri sendiri. Mengenal pasti apa yang kurang dan perkara apa yang tidak kena dengan dirinya. Memang benar kata-kata Khadija itu. Adakalanya manusia itu kembali kepada Dia hanya semata-mata kerana mementingkan kepentingan diri sendiri. Mencari jawapan yang dibutuhkan oleh hati.

Mungkin dirinya juga tergolong dalam manusia-manusia seperti itu. Kononnya bermunajad kepada Allah dengan melakukan istiharah. Tetapi hatinya lupa pada si Dia yang maha mengetahui. Mungkin kerana ini, hingga ke saat ini, jawapan yang dibutuhkan masih belum ditemui.

Khadija…. gadis itu petah dalam melahirkan kata-kata. Sejak dari bangku sekolah lagi, gadis itu sudah menjadi editor majalah sekolah. Dia mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan. Pernah jugak dia mengusik Khadija. Mungkinkah Khadija bercita-cita untuk menjadi seorang penulis Novel?

“Oh… tak pernah pulak bercita-cita nak jadi penulis novel.. Saya bukan golongan orang yang jiwang!” Tebak Khadija dengan senyuman malu-malu. Dia tidak suka jika orang berfikir yang dia seorang yang jiwang dan punya jiwa yang romantik. Dia lebih suka dikenali sebagai seorang gadis yang selamba dan santai-santai sahaja.

“Kadang-kadang orang tu nampak je macam tak ada perasaan… Tapi sebenarnya dalam hati ada sedulang bunga…” Usik Mujahid sengaja.

“Bukan sedulang lah… tapi seladang bunga!” Sempat lagi Khadija menokok tambah ayat Mujahid.

“Amboihhh…”

“Saya memang minat menulis.. Tapi bukanlah difokuskan pada cerita cinta.. Saya suka membina semangat. Mungkin boleh jadi pakar motivasi kot…” Sambung Khadija serius. Dalam diam, dia menanam cita-cita yang tinggi untuk mempunyai buku sendiri. Kalau bab berangan, memang sampai lupa memandang tempat dia berdiri sekarang. Masa dia mampu untuk menjadi pakar motivasi hanya berdasarkan kelulusan SPM.

‘Diri sendiri berjalan tempang… Ada hati nak pinjamkan tongkat pada orang!’ Fikir Khadija lagi.

“InsyaAllah… berkat kesabaran, pengalaman dan ketabahan awak.. Siapa tahu yang impian awak bakal tercapai.” Mujahid terus-terusan menanamkan semangat buat Khadija. Dia tahu yang gadis itu sangat bercita-cita tinggi.

“Itu angan-angan je… Saya tahu yang semua itu tak akan berlaku. Kalau berlaku dalam mimpi pun dah cukup baik dah…”

Mujahid menggeleng perlahan menyambut tutur kata Khadija itu.

“Ish… jangan suka hendak menjatuhkan semangat diri sendiri. Macam mana nak jadi pakar motivasi ni?” Tegur Mujahid serius. Khadija tergelak. Segan pula kerana ditegur sebegitu rupa.

“Memang hidup ini harus berfikiran positif… Tapi hidup ini jugak harus berlandaskan kenyataan…”

“…. Tapi boleh tanamkan keyakinan pada Dia.. Kerana segala sesuatu yang bermula dan berakhir, adalah datang dari kehendakNya..” Sambung Mujahid lagi.

Kali ini Khadija tersenyum. Dalam dia sebenarnya terharu. Terharu kerana Mujahid tidak pernah jemu dalam terus memberikannya semangat. Ketika dia bersedih dahulu, Mujahid ada di sisinya. Walaupun lelaki itu tidak selalu ada untuk setiap waktu, namun lelaki itu tetap memperuntukkan masa ketika Khadija mula rasa longlai.

“Awak tahu… matahari yang besar dan bercahaya pun memerlukan bulan untuk menerangi sudut bumi di kala malam… Seperti saya yang tetap memerlukan nasihat dari pakar rundingan saya sendiri walaupun saya dah bergelar pakar motivasi nanti…” Tanpa ragu, ayat itu mula dituturkan kepada Mujahid.

Mujahid agak tergamam. Mengerti dan memahami kata-kata Khadija yang mendalam itu.

“Okay… tak ada masalah. Tapi hujung bulan, sila masukkan elaun ya!”

Mujahid mula tersenyum apabila mengenangkan peristiwa gurauan manis itu. Dia sangat taksub dengan kecekalan Khadija yang sentiasa mendahulukan keluarga melebihi segala sesuatu perkara pun di dunia ini. Sanggup mengetepikan rasa yang melonjak-lonjak untuk menyambung pelajaran. Hanya semata-mata kerana sesuap nasi yang perlu dilunaskan kepada adik-adiknya.

‘Dija… mampukah aku untuk membahagiakan dirimu? Atau kehadiranku nanti hanya akan mengganggu-gugat perjalanan kau nanti?’

***

Usai membuka kunci rumah, terus dihempaskan badannya ke atas sofa. Rasa lenguh dan letih mula menjalar di seluruh badan. Inilah yang dia rasa setiap kali balik dari bekerja. Seharian melayan pesakit di hospital memang menguji tahap mental dan fizikalnya.

Badan yang melekit itu membuatkan Aisyah mula rasa tidak selesa. Lantas dia bangun dari pembaringan. Dia masih belum menunaikan solat insyak lagi. Dengan kaki yang berat, dia mula melangkah naik ke kamar peraduan. Ingin mandi dan berehat sepuasnya. Baterinya perlu di charge untuk kegunaan esok hari. Benar lah kata orang, kerjaya seorang doktor memang menuntut kudrat yang luar biasa!

Adakalanya dia terfikir, bagaimanakah kehidupannya selepas berkahwin nanti? Mampukah seseorang menerimanya sebagai isteri yang menyandang jawatan sebagai seorang doktor? Dia pasti sibuk di hospital. Jika pulang ke rumah, pastilah dia ingin berehat? Jadi, mampukah dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna?

Masalah itu seperti itu terus berkampung di benaknya. Lantas dia terus ke kamar mandi. Penat untuk memikirkan kesudahannya. Jika tidak dikenangkan hasrat mamanya, dia sendiri tidak mahu memilih profesion kedoktoran ini. Tidak dapat tidak, semua ini tetap harus ditelan juga.

‘Ramai rakan sejawat aku yang dah berkahwin.. Kalau dia orang boleh, kenapa tidak aku…’

Ketika air pancut mula mencurah ke atas kepala, terasa hilang semua rasa penatnya. Hilang dibawa arus. Matanya yang sedari tadi layu dan kuyu mula segar. Rasa mengantuk yang tadi bermaharajalela, kini hilang entah ke mana.

Sesudah menunaikan solat, dia terus terlentang di atas katil. Matanya terkulat-kulat memandang syiling. Hendak tidur, rasa mengantuk telah hilang. Hendak makan, tekaknya langsung tidak berselera. Duduk di rumah dua tingkat seorang diri ini memang membosankan.

Tangannya mula mencapai telefon bimbit. Ada rindu yang menyapa di ruang hati. Lama dipandang skrin telefonnya itu. Namun satu perkataan pun masih belum mampu ditaip di skrin telefon.

‘Nak mesej ke tak nak?’

‘Mesejlah… tanya khabar..’ Jarinya mula menaip sepotong ayat.

‘Entah-entah dia tengah mesej dengan Dija?’

Terus dipadam ayat di dalam skrin telefon itu. Susah bila rasa cemburu hinggap di laman hati. Hatinya terus diserang kacau bilau.

‘Kalau dia mesej dengan Dija pun…. Dia boleh je balas mesej aku…’

Persoalan demi persoalan mula menghendak dada fikiran. Akhirnya tanpa berfikir panjang, dia terus menaip ayat dan menghantar mesej kepada Mujahid.

Salam… buat apa? Saya tak boleh tidur…

Dilepaskan satu keluhan apabila selesai menekan butang send. Hendak menghantar mesej pun terpaksa berfikir banyak kali. Terus dibelek-belek telefonnya itu. Namun tiada sebarang tanda-tanda yang mesejnya akan dibalas.

Aisyah melepaskan keluhan. Hampa tak usah cakaplah. Memang tak terkira. Namun tiba-tiba telefonnya berbunyi. Tanda mesej masuk! Hanya Allah yang tahu rasa terujanya sekarang.

W’salam… menunggu lena tiba.. lah, kenapa x boleh tidur? Rindukan saya ya…

Kembang setaman Aisyah dibuatnya. Walaupun dia tahu yang Mujahid sedang bergurau namun hatinya tetap disulami dengan bunga-bunga bahagia.

Sila jgn perasan… Rindukan awak… memang tak lah…

Sengaja Aisyah hendak menjual mahal dengan Mujahid. Walaupun dia sangat menyintai Mujahid, tapi itu tidak bermakna dia harus meletakkan maruahnya di bawah kaki. Membenarkan Mujahid mempermainkan jiwanya.

Alah.. saya baru nak balas rindu awak..

x apalah kalau awak tak rindu,

saya nak rindukan orang lain lah…

Tak tertelan air liur Aisyah dibuatnya.

Eh, mana boleh macam tuh…

Protes Aisyah selamba. Hatinya berdegup laju. Pasti dia hendak merindui Khadija.

Jadi, rindulah ni ya…

Tersenyum-senyum Aisyah dibuatnya. Terasa jiwanya dihias cantik oleh Mujahid. Belum sempat Aisyah hendak membalas, ada mesej masuk lagi.

Saya nak call boleh?

Aisyah rasa seperti hendak meloncat segirangnya. Tidak terkata perasaannya tika ini. ‘Wahai Mujahid, adakah ini tanda bahawa awak akan menerima saya?’

Kredit awak kan… janganlah tanya saya…

Setelah menekan butang send, terus telefonnya berdering nyaring. Wajah Aisyah merekah dengan senyuman manis. Terus ditekapkan telefon bimbit itu ke cuping telingannya.

“Assalamualakum…” Suara di sana mampu menghanyutkan rasa yang menggila.

“Walaikummusalam…”

“Sihat?” Tanya Mujahid ramah.

“Sihat je…”

“Haruslah… doktor kena jaga kesihatan diri sendiri.. Baru boleh jaga kesihatan orang lain.” Aisyah ketawa sedikit sedangkan tak ada yang lawak pun dalam baris ayat Mujahid itu.

“Dah lewat nih.. pergilah tidur.. Esok shif pagi kan..” Ujar Mujahid prihatin.

“Tak mengantuk lagi…”

“Ke nak saya dodoikan….” Tawaran Mujahid itu seperti bulan jatuh ke riba. Hati Aisyah sudah berdegup kencang. Sekencang laluan angin yang menderu laju.

“Hmm.. sedap ke suara awak tuh?” Sakat Aisyah selamba. Dia mula ketawa kecil.

“Ehem-ehem.. Tengok oranglah…”

“Okay… satu, dua, tiga…Go!” Kira Aisyah tanpa disuruh.

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Mata Aisyah berkaca tika mendengar bait-bait lagu yang menyentuh hati perempuannya. Suara Mujahid sangat syahdu menampan telinga. Adakah ini bermaksud yang dirinya sudah diteima oleh Mujahid? ‘Arrgghh… Mujahid sering bermain dengan perasaan ini!’

“Okay.. Saya dah nyanyi.. Jadi awak harus tidur sekarang Aisyah…” Putus Mujahid lembut.

“Id… Adakah ini bermaksud….” Kata-kata Aisyah terhenti. Mencari kata yang lebih sesuai untuk dirungkaikan.

“Erk… ini hanyalah lagu kesukaan saya… Saya harap awak pun turut menyukainya..” Kata-kata Mujahid itu terus membawa semangat Aisyah kembali jatuh ke tanah. Hilang terus keyakinannya untuk memiliki Mujahid sebentar tadi. Nampaknya, Mujahid masih belum memutuskan siapa yang akan menjadi suri di hatinya.

“Selamat malam….” Air mata Aisyah mula bergenang. Rasa sebak mula mampir.

“Selamat malam.. sebelum tidur, jangan lupa baca doa ya…” Nasihat Mujahid lagi. Tanpa menunggu lagi, terus Aisyah memutuskan talian.

‘Ya Allah.. sampai bila aku harus menanti jawapannya?’

***

Awal pagi seperti ini, pasti dia akan mengemas barang-barang di kedai itu. Stok di bahagian belakang dikira. Kerjanya walaupun nampak remeh, tapi tetap tidak akan diambil mudah. Segala keperluan kedai, pasti akan disempurnakan sebaiknya.

“Dija… dah sarapan belum?” Tanya Syahmi. Anak tuan punya kedai.

“Dah.. dekat rumah tadi.” Jawab Khadija pendek sambil meneruskan kerjanya.

Syahmi mengarukan kepalanya berulang kali. Bingung untuk mencari topik untuk berbual dengan Khadija. Sejujurnya, dia memang tertarik dengan sikap sempoi bersulamkan santun milik Khadija. Ada ketegasan dalam sikap garangnya. Ada kelembutan dalam kekasarannya. Dan ada kecantikan yang hanya boleh ditilik oleh mata hati.

Dia sedar yang ramai jejaka di kampung ini yang datang ke kedai bapanya ini hanya semata-mata kerana ingin berjumpa dengan Khadija. Kata orang kampung, Khadija dikatakan seperti perlaris di kedai ini.

Khadija yang cantik…

Khadija yang rajin…

Khadija yang baik…

Khadija yang solehah…

Pokok pangkalnya Khadija menjadi idaman hati mak cik-mak cik di kampung untuk dibuat menantu. Silap hari bulan, ada mak cik yang offer Khadija menjadi madu mereka.

Syahmi mengeluh sedikit. Mampukah dia memiliki jiwa Khadija yang istimewa itu? Dia sendiri pemalu untuk memulakan perbualan dengan Khadija. Khadija juga seolah-olah tidak memberikan respon yang positif pada huluran salam perkenalannya. Jadi semua ini membuatkan dia kekok!

Khadija yang mendengar keluhan itu terus mengarukan tengkuknya yang beralaskan tudung.. Sebenarnya dia pelik dengan kedatangan Syahmi ke kedai pada waktu pagi sebegini. ‘Lelaki itu tak berkerja ke?’

Namun cepat-cepat dia angkat bahu. Tidak mahu mempedulikan kehadiran Syahmi itu yang tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerja-kerjanya. Bibirnya mula menguntum senyuman apabila terpandangkan gula-gula HUDSONS yang terletak cantik di dalam balang.

Teringat pula ketika zaman persekolahan dahulu. Apabila seniornya yang paling dia kagumi menghadiahkan gula-gula ini kepadanya.

“Tahu tak apa maksud gula-gula nih?” Tanya Mujahid sambil tersengih-sengih.

“Errkk… Gula-gula pun ada maksud ke?”

“Adalah.. hanya orang yang kreatif je yang boleh reka.. Hah, cepatlah teka! Kata editor majalahs sekolah.. Haruslah teror bab-bab macam nih…” Gesa Mujahid tak sabar.

“Saya ni editor majalah sekolah, bukan editor tak bertauliah!” Membulat mata Mujahid apabila menerima jawapan balas dari Khadija.

“Nak teka ke tak nak?” Mujahid mula buat-buat merajuk! Aduh, sangat kelakar bila pak ustaz buat muka tak siap itu.

“Sabar itu separuh daripada Iman kan…” Mujahid tersenyum. Senang hati pula bila dikenakan oleh Khadija.

“Errkk.. Tak tahulah! Otak tak berapa setting sangat…Banyak wayar terputus!” Dia sebenarnya bukanlah pandai sangat bab merapu meraban ini. Silap hari bulan, dengan fius-fius Mujahid pun terjahanam sekali.

“Hanya Untuk Dija Seorang Orang Nak Sorry… H.U.D.S.O.N.S.” Terang Mujahid sambil menunjukkan wakil-wakil setiap huruf.

Sungguh, Khadija tidak mampu untuk menyembunyikan senyumannya. Terasa jiwanya seperti layang-layang yang terputus talinya. Berterbangan mencari tempat duduk yang sebenar. Kata-kata yang mendalam itu mendalamkan lagi perasaaannya terhadap Mujahid.

“So sweet… rasa sayang pulak nak makan.” Terus disimpan gula-gula itu ke dalam beg sandangnya.

“Sayang nak makan ke or sayang kat orang yang bagi?” Duga Mujahid nakal.

“Jangan nak perasan sangatlah!” Hentam Khadija cepat-cepat. Tidak mahu jika Mujahid dapat mengesan air mukanya yang mula disimbah rasa segan. Mereka masih kecil lagi untuk membicarakan soal perasaan ini.

Senyuman manis Khadija makin menjadi-jadi apabila mengingatkan tentang janji temunya bersama Mujahid petang nanti. Lelaki itu mahu meminta pendapatnya untuk membeli hadiah buat emaknya. Siapa lagi, bakal mertua dia lah! ‘Errk… belum apa-apa lagi dah mengaku mertua ke? Nampak sangat aku terdesak!’

Tanpa sedar, Syahmi ralit melihat kelibat Khadija yang tersenyum sendiri itu. Nampak manis dah ikhlas sahaja senyumannya. Adakah Khadija senang dengan kehadirannya di sini?

Baru sahaja dia ingin memanggil Khadija namun tiba-tiba muncul seorang lelaki yang terus berlari masuk ke dalam kedai sambil terjerit-jerit.

“Along… Along…”

“Hei, kenapa jerit-jerit ni?” Tanya Khadija aneh!

“Abah… abah…” Syakir tidak mampu untuk meneruskan bicara apabila nafasnya tersekat kerana berlari ke kedai ini. Langsung lupa hendak menggunakan motor apabila keadaan kalut menyapa.

“Kenapa dengan abah?” Jantung Khadija sudah mula berlagu kencang.

“Abah jatuh bilik air! Dia pengsan….Pak cik Kamil dah bawa abah pergi hospital..”

Tangan kanan Khadija mula ditekup ke mulut. Syahmi yang sedari tadi berada di antara kedua beradik itu juga turut terkejut. Matanya mula memandang ke arah mata Khadija yang mula berkaca-kaca itu.

‘Ya Allah… jangan kau ambil pinjamanMu itu.. Aku masih belum puas bermanja bersamanya.’ Bisik Khadija lirih. Mengharapkan agar Dia menenangkan rasa hati yang gundah!

***

Muka mak jelas risau apabila melihat abah yang terlantar di atas katil itu. Mujur sahaja Sumayah bekerja sebagai penjawat awam. Jadi boleh lah abah di tempatkan di wad kelas kedua. Tidaklah perlu bersesak-sesak berada di wad biasa yang pasti lain situasinya.

“Mak… janganlah menangis.. Abah tak apa-apa.” Pujuk Syakir lembut sambil menggosok bahu Puan Rabiah. Hujung lengan baju kurung itu dibawa ke mata. Puan Rabiah nyata tidak mampu mengawal rasa sebak.

Khadija hanya memandang badan abahnya yang berselirat dengan wayar di bahagian dadanya. Doktor telah mengesahkan bahawa abah mendapat serangan jantung kecil. Mungkin perkara itu yang membimbangkan emaknya.

Khadija sendiri naik aneh. Selama ini, abahnya sihat-sihat sahaja. Malah abah amat menitikkan soal pemakanan dan soal kesihatan. Siapa sangka yang abah akan mendapat serangan jantung seperti ini. Dugaan Allah itu tidak disapa oleh andaian manusia.

Dia juga takut kalau-kalau dia bakal kehilangan abahnya. Dia belum cukup kuat untuk berdiri tanpa bantuan abahnya itu. Selama ini, lelaki tua itu selalu menyumbangkan tenaga dan keringatnya dalam membesarkan mereka adik-beradik. Malah Abah langsung tidak garang. Bermacam-macam kisah dan cerita yang telah mereka kongsi bersama.

“Mak… Dija pergi solat asar dulu ya…” Pohon Khadija sambil mencuit bahu emaknya sedikit. Dalam hatinya berharap benar yang Puan Rabiah tidak akan mengekorinya. Sebenarnya dia tidak mampu menahan sebak lagi. Air matanya pasti akan meleleh bila-bila masa sahaja lagi. Namun untuk mencurahkan rasa sedih itu dihadapan keluarganya, Khadija langsung tidak mampu. Lagipula, dia tidak boleh bersolat. Itu yang membuatkan hatinya berganda dengan keresahan.

Sesampai sahaja di satu penjuru dinding, Khadija terus duduk di atas kerusi yang tersedia. Tanpa ditahan lagi, permata jernih itu mula merintik di pipinya. ‘Adakah ini tanda-tanda bahawa Dia ingin mengambil abah dari pangkuan keluargaku?’ Dia teresak-esak sendiri tanpa teman.

“Dari dulu lagi… Awak suka menangis sorang-sorang kan?” Teguran itu membuatkan Khadija mengangkatkan wajahnya.

“Id…”Tanpa sedar, dia telah menjamahkan wajahnya yang dibanjiri tangisan itu.

“Ish ish ish… tak cantiknya bila awak menangis…” Usikan Mujahid itu terus membuatkan Khadija berkalih ke arah lain. Terkejut, tergamam, terkesima, terpana… semuanya diadun menjadi sebati. Tertanya-tanya bagaimana Mujahid boleh berada di hospital ini?

Mujahid terus melabuhkan punggung di sebelah Khadija. Dia tahu.. pasti berat untuk anak sulung itu menghadapi semua ini sendiri. Ini kali kedua dia melihat Khadija menangis. Yang pertama kalinya ialah selepas Khadija kecewa kerana tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi kerana kedaifan keluarga.

“Penat-penat saya datang dari jauh, awak tak mahu tengok muka saya yang hensem ni ke?” Usik Mujahid sengaja. Ingin mematahkan kesedihan milik Khadija.

Tanpa pengetahuan Mujahid, Khadija mula tersenyum hambar. Cepat-cepat dikesat sisa-sisa air mata yang menghuni ruang wajah. Lambat-lambat dia beralih memandang Mujahid. “Ada tisu tak?”

Mujahid ketawa! Comel pula soalan Khadija itu.

“Tisu tak ada… sapu tangan adalah…” Sapu tangan berwarna hijau itu terus dihulurkan kepada Khadija. Tanpa banyak soal, terus dilap air hidungnya yang meleleh. Malu pula apabila Mujahid melihat keadaan dirinya yang selekeh ini.

“Errk.. tapi sapu tangan tu saya dah guna lap hingus tadi.” Ucap Mujahid tanpa perasaan.

“Eee… tak senonohlah.. Dah guna pun nak bagi orang pinjam lagi.” Marah Khadija geram.

“Sweet ape… sharing is caring kan..” Usik Mujahid. Sengaja ingin menghalau pergi semua kesedihan milik Khadija. Biar lega. Jadi gadis itu akan meluahkan segala kesedihannya dengan lebih tenang tanpa tekanan.

“Mana awak tahu saya dekat sini?” Persoalan itu mula keluar dari bibirnya.

Mujahid tidak menjawab tapi mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. “Eh, itu telefon saya! Awak ambil dekat mana?” Khadija mula dibanjiri rasa aneh yang berganda-ganda banyaknya.

“Saya telefon awak tadi… tapi Syahmi anak taukey awak yang angkat. Dia kata awak tertinggal telefon. Dialah yang cakap awak ada kat hospital. Jadi sebelum saya datang hospital, saya pergilah kedai dulu… Ambil telefon awak ni.. Takut kalau awak nak guna kan…” Telefon bimbit itu mula bertukar tangan.

“Mana awak tahu saya menangis dekat sini??” Soalan itu, lebih ditujukan kepada Mujahid.

“Saya cari awak ni guna instinct jeh…” Tutur Mujahid separa berlagak. Mereka saling bertukar senyum.. Namun nyata hambar. Seketika, mereka mula dijenggah kebisuan.

“Saya takut….” Air matanya mula bertakung lagi.

“Orang beriman tak takut mati… malah dia ternanti-nanti saat kematiannya. Untuk menemui Dia Yang Maha Esa….” Nasihat Mujahid lembut.

“Tapi saya tak kuat… tak kuat nak kehilangan abah..” Tidak mampu lagi untuk dia bendung air mata ini. Lantas hanya dibiarkan permata itu berlabuh di pipinya.

Mujahid hanya memandang dengan hujung mata. Akalnya mula merangka ayat yang sesuai untuk dipersembahkan kepada jiwa Khadija yang diserang ketakutan itu.

“Terkadang, Allah memberikan ujian yang berat kepada awak sebab Dia percaya pada kemampuan awak melebihi pada kepercayaan awak pada diri sendiri. Bersyukurlah kerana menjadi manusia yang terpilih Dija…”

Tiap bait kata dari Mujahid itu umpama gula yang melarut dalam jiwanya. Membasuh rasa gelisah yang menghurung. Menenangkan hati yang rawan. Hanya melalui kata-kata, rasa cinta itu sudah menular dalam diri. Menjalar tanpa mengenal erti surut.

“Perjuangan kita masih jauh beribu batu.. selagi roh masih di jasad, hidup mesti diteruskan.. Walau awak kehilangan orang yang paling awak sayang sekalipun, awak kena ingat seperkara Dija… Iaitu kasih sayang awak tak akan mampu untuk melawan kasih sayang Allah padanya.” Tambah Mujahid lagi.

Takdir telah Allah tetapkan. Semua yang hidup, pasti akan mati. Jadi setiap manusia harus tidak terleka melayan rasa sayang dan tidak terjerumus dilanda arus kesedihan.

“Menangis itu boleh… itu wajar untuk seorang manusia.. Apa yang tak boleh ialah, bila manusia meletakkan rasa takut yang berlebihan untuk kehilangan orang yang tersayang. Segala suratan telah Allah persiapkan.. Apa yang manusia perlu lakukan ialah, berjalan di atas hamparan itu dengan penuh rasa rendah diri.. penuh rasa kesediaan.. penuh redha….”

“Terima kasih Id…” Ucap Khadija ikhlas. Ketika dia sedang berduka, Mujahid pasti akan berada di sebelahnya. Tidak jemu-jemu mengajar hatinya agar terus bersabar.

‘Adakalanya, tak peduli berapa kali aku perlu meyakinkan diriku bahawa aku lebih baik tanpanya.. namun sebahagian dari hatiku masih ingin memilikimu..’ Bisik hati kecil Khadija.

“No hal lah…”

“Id.. sorry.. saya tak dapat nak teman awak beli hadiah untuk mak awak…” Khadija mula rasa bersalah kerana memungkiri janji. Dia sendiri tidak menyangka yang harinya ini akan menjadi seperti ini.

“Tak apa… Family come first kan… Jom.. teman saya melawat bapak mertua saya..” Terkesan sedikit hati Khadija apabila mendengar kata-kata Mujahid itu. Apabila Mujahid ketawa, dia tahu yang itu hanyalah sekadar gurauan untuk menceriakan hatinya. Namun percayalah, gurauan seperti itu lebih menyakitkan jiwanya.

***

Tangan kanan Aisyah mula dibawa ke mulut. Menutup mulut yang diserang kantuk itu. Jam di dashboard telah pun menunjukkan pukul satu pagi. Malam ini, dia terpaksa untuk membantu menguruskan pembedahan kecil. Terpaksalah pulang lewat malam melebihi dari hari biasa.

Pemanduan yang tenang itu mula dikejutkan dengan bunyi letupan. Kereta yang dipandunya mula hilang kawalan namun cepat-cepat dikawal stereng kereta dan mula berhenti di bahu jalan.

Mata Aisyah terus dibawa ke arah belakang. Dia sendiri masih belum dapat mengenal pasti bunyi letupan itu. Perlahan-lahan, dia mula menelan liur. Melihat keadaan yang sunyi sepi itu membuatkan dia dijenggah rasa untuk keluar memeriksa tayar keretanya.

Setelah diambil nafas beberapa kali sambil diselangkan dengan selawat, dia mula membuka pintu kereta. Namun belum sempat dia keluar lagi dari kereta, telefon bimbitnya mula berlagu riang. Apabila melihat gerangan si pemanggil, terus diangkat dan dihalakan telefon ke telingannya. Namun sempat dia mengunci pintu keretanya. Bimbang jika diserang hendap ataupun disamun. Apatah lagi kawasan yang menghala ke perumahannya ini memang senyap sunyi.

“Hello… Sya, awak ada kat mana?” Suara di hujung talian kedengaran sedikit risau.

“Saya kat tepi jalan..” Adu Aisyah perlahan. Hatinya lega… Lega kerana Mujahid menefon dirinya di saat genting ini.

“Hah, buat apa kat tepi jalan tuh?”

“Tak kan lah berkelah pulak.. Kereta saya.. pancit kot…” Aisyah mula kusut. Matanya meliar ke sana sini. Rasa takut usah cakaplah… memang menggunung banyaknya.

“Kot?”

“Saya tak pasti…. Saya takut nak keluar dari kereta…” Adu Aisyah lagi.

“Awak ada kat mana tuh?”

“Simpang nak masuk dekat perumahan saya ni.. Errk.. kenapa awak tanya?” Dalam hatinya, dia amat mengharapkan kedatangan Mujahid tika ini. Sungguh, jika ada orang yang sanggup berhenti pun, dia pasti tidak akan sanggup untuk membuka pintu keretanya.

“Saya datang…. Jangan matikan telefon.. Saya nak kunci rumah kejap…” Aisyah tersentuh! Sungguh, dia tidak menyangka yang Mujahid sanggup datang untuk membantunya

“Errk.. tak apalah Id.. Rasanya saya…” Dia mahu Mujahid datang tapi dalam pada masa yang sama, dia memang tidak mahu menyusahkan Mujahid. Bimbang jika Mujahid berfikir yang dia sengaja ingin mengada-ngada.

“Habis tu, awak nak tukar tayar sendiri ke? Pandai?” Aisyah sendiri tidak dapat mengenal pasti sama ada itu ayat tanya ataupun ayat perli.

“Memanglah tak pandai… Tapi bedal jelah…”

“Jangan nak mengada-ngada. Saya dah on the way nih… Hmm, make sure pintu berkunci… pasang lampu kecemasan….dan kalau orang berhenti, jangan bukak pintu..” Arah Mujahid tegas.

“Okay… Errk… awak drive lah dulu.. Kalau dah nak sampai, telefon saya semula…” Tidak mampu dia menolak bahawa jiwa wanitanya terharu dengan bantuan Mujahid ini.. Mungkin nampak kecil dan remeh, tapi hanya dia yang mengerti. Betapa Mujahid akan sentiasa ada di waktu susahnya. Di saat dia memerlukan seseorang, lelaki itu pasti akan hadir menghulurkan bantuan.

“Lah… tak payahlah matikan talian…”

“Habis tu macam mana awak nak drive?” Takut juga kalau-kalau pemanduan Mujahid terganggu apabila hendak bercakap telefon dengannya.

“Tak apa.. saya pakai earphone… Lagipun, saya risau kalau-kalau tiba-tiba tak dapat call awak terus.. Kalau macam ni, saya masih tahu yang awak selamat.”

Air mata Aisyah hampir-hampir sahaja menitis. ‘Ya Allah, bagaimana aku hendak menanamkan rasa benci terhadap dirinya jika dia sering berada di sisiku… membantu diriku… Kenapa tidak Kau jauhkan dirinya dari diriku jika benar dia bukan milikku?’

“Sya… awak okay kan?” Tanya Mujahid bimbang. Tiba-tiba pula suara di hujung talian itu disapa sepi.

“Okay…” Suaranya sedikit serak menahan sebak.

“Sya… are u crying?” Tembakan Mujahid memang sentiasa tepat.

“Kenapa nih?” Tanya Mujahid lagi apabila tidak mendapat sebarang respon daripada Aisyah.

“Saya takut….” Tipu Aisyah. Tidak mahu menyatakan rasa terharunya dengan sikap baik Mujahid itu. Bimbang lelaki itu meluat pula dengan dirinya.

“Nak takut apa? Saya kan ada…. Saya dah drive 140 kilometer dah nih… Kalau nak laju lagi tunggu saya dapat lesen driver kapal terbanglah…” Sempat lagi Mujahid bercanda. Cuba melegakan ketakutan Aisyah. Menghilangkan ketakutan yang bermumkim.

“Tak pasang radio ke?”

“Tak… takut kalau-kalau dengar bunyi yang bukan-bukan…”

Terus Mujahid meledakkan tawa. Aduh… nama sahaja sudah besar panjang. Namun masih terdidik dengan cerita-cerita seram drama melayu. Aisyah… Aisyah.. tak semenggah sungguh!

“Id… ada sebuah kereta berhentilah…” Aisyah mula rasa cuak. Rasa nak menangis lagi apabila melihat bukan seorang.. bukan dua orang.. dan bukan tiga tetapi empat orang lelaki mula turun dari kereta waja itu.

“Hah, ada berapa orang?”

“Empat….” Hampir tidak terkeluar patah perkatannya itu. Dan apabila lelaki itu sudah mula mengetuk tinggkap keretanya, badannya sudah mula menggigil menahan rasa cuak!

“Id……” Rasa takutnya makin bertambah apabila telefon bimbitnya tiba-tiba kehabisan bateri. ‘Ya Allah… apa aku nak buat sekarang?’Aisyah menutup wajahnya. Takut yang teramat sangat!

Ketukan bertalu-talu itu mula berhenti. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangan di mukanya. Mula mengintai di celah-celah jari yang memberi ruang sesama sendiri. Dan hatinya terus lega apabila melihat wajah seseorang yang sangat dia tunggu-tunggu. Mujahid terus mengarahkan dia keluar dari kereta.

“Kami cuma nak tolong jeh… janganlah bersangka buruk..” Ujar seorang lelaki. Air mukanya agak jernih. Memang boleh nampak rasa ikhlasnya.

“Maaflah… bukan apa.. Saya dah pesan dekat isteri saya supaya jangan bukak pintu kereta… Bimbang jugak kan.. Macam-macam hal boleh terjadi sekarang ni.” Tergamam Aisyah dibuatnya. Bukan ayat bimbang yang menghantuinya tetapi perkataan isteri itu. Kalaulah betul Mujahid ini adalah suaminya, sudah lama dipeluk erat. Menghilangkan kegelisahan hatinya. Entah apa motifnya berbohong kepada empat orang pemuda itu.

“Tapi alang-palang kami dah turun ni, biarlah kami tolong tukar tayar ni sekali… Lagi ramai lagi cepat siap!” Ujar seorang lelaki lagi. Mujahid dan Aisyah mula berpandangan.

“Eh, tak apa ke? Dah pukul berapa nih…” Bukanlah Mujahid hendak berprasangka buruk sesama Muslim tapi sikap waspada itu perlu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Alah.. kami pun bukan nak ke mana-mana pun.. Biarlah kami tolong sekali. Hmm, Tayar spare ada kan?” Cepat sahaja Aisyah mengangguk menjawab persoalan seorang pemuda itu.

Mujahid menghulurkan kunci keretanya kepada Aisyah. “Masuk kereta saya… Jangan lupa kunci. Kalau ada apa-apa, terus selamatkan diri!” Pesan Mujahid sungguh-sungguh.

“Tapi….” Hati yang lega tadi kembali diserang gundah.

“I really mean it Sya…” Tekan Mujahid serius. Dengan berat hati, terus dia masuk ke dalam kereta CRV milik Mujahid.

Di dalam kereta, tidak habis-habis Aisyah berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh Allah. Janganlah berlaku perkara yang buruk-buruk! Tidak sampai lima belas minit, tayar kereta itu mula siap dipasang. Mata Aisyah sempat menangkap tangan Mujahid yang menghulurkan duit kepada empat pemuda itu. Namun ditolak lembut oleh mereka.

“Kenapa matikan talian tadi? Tahu tak saya risau?” Suara Mujahid serius sahaja apabila menghampiri Aisyah.

“Erk… bateri out!” Sungguh, tidak pernah dia melihat wajah Mujahid setegang ini. Adakah benar Mujahid begitu merisaukannya?

“Kat dalam kereta tak ada charger ke?”

“Ada…” Jawapan itu seolah-olah memperbodohkan diri sendiri. Kepala yang tidak gatal itu, mula digaru.

“Habis tu kenapa tak guna?”

“Hmm.. tadi kaget sangat!” Memang dia kalut sangat pun tadi. Dalam kepalanya ada dua perkataan sahaja. Sama ada kena bunuh atau kena rogol! Fuh, seram!

“Dah, pergi masuk kereta.. Saya follow dari belakang…” Arah Mujahid lagi.

“Eh, tak apalah…. Saya boleh balik sendiri.. Awak balik jelah rumah…”

“I said now Sya!” Terus Aisyah mencicit lari ke keretanya. Entah kenapa Mujahid bertukar gerun pada malam ini. Tapi dalam masa yang sama, sikap seorang hero memang terseralah! Kalau tak ada Mujahid, entah apalah nasibnya tadi.

“Id…. Thanks…for everthing..” Ucap Aisyah usai dia sampai di hadapan rumah..

“Dah… pergi masuk tidur..” Arah Mujahid lagi. Tidak manis rasanya jika mereka terus berbual di luar rumah ini.

“Id….”

Mujahid yang hendak melangkah ke kereta mula berpaling. “Kenapa awak mengaku yang saya ni isteri awak?” Tidak bisa ditahan rasa hatinya untuk mengetahui isi jawapannya.

“Sebab saya nampak dia orang macam nak mengorat awak jeh!” Luah Mujahid jujur.

“Oh… cemburu lah nih…” Usik Aisyah sengaja. Sedangkan di dalam hatinya sudah tumbuh berladang-ladang tanaman.

“Dah.. dah… pergi masuk.. dah malam sangat nih… dan jangan lupa mandi ya… Ada bau dah nih…” Usikan Aisyah tadi tidak dihiraukan. Dia sendiri tidak dapat meneka perasaan milik sendiri. Macam cemburu. Macam tidak.. Sukar benar hendak di scan perasaan milik sendiri.

“Hampeh!” Walaupun malam ini berlangsung panjang dengan kepenatan, namun rasa bahagia tetap menjalar di ruang hati.

***

Rasa dingin itu tidak mampu membuatkan tidur Mujahid lena panjang. Lantas matanya merayap pada jam loceng yang terletak di meja kecil di sebelah katilnya. Perlahan-lahan dia mula bangun dari pembaringan.Mukanya yang penat itu diraup beberapa kali.

Tangannya mula mencapai telefon bimbit yang memang sudah sedia berada di atas katil. Laju sahaja tangannya menaip mesej. Dan mesej itu mula dihantar secara serentak kepada Khadija dan Aisyah.

Jangan biarkah lena membasuh tahajud kita.. ayuhhh.. bangkitlah.. menunaikan tangungjawab kita sebagai hamba…

Kakinya mula dibawa ke bilik air. Mula menyegarkan badan. Tidak lama selepas itu, dia mula berdiri di atas sejadah. Mengharapkan keredhaan yang maha esa.

“Ya Allah, jadikanlah cintaMu sebagai perkara yang paling aku cintai.. dan jadikanlah rasa takut kepadaMu sebagai perkara yang paling aku takuti. Putuslah dariku keperluan-keperluan dunia dengan rasa rindu akan hari pertemuan denganMu. Apabila engkau jadikan penyejuk mata orang yang cinta dunia dengan dunia mereka, maka jadikanlah penyejuk mataku dengan beribadah kepadaMu.”

***

Khadija yang sedang menjaga abahnya itu mula tersedar apabila mendengar bunyi mesej masuk! Bibirnya tersenyum menyambut bait kata mesej Mujahid itu. Lantas dia membetulkan pinggangnya sikit. Dia masih ingat lagi pesanan Mujahid sebelum lelaki itu pulang.

“Jaga abah baik-baik… Jaga family elok-elok.. Setiap saat Allah akan memanggil-manggil kita untuk kembali kepadaNya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayangNya, terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuatNya menoleh kepada Allah..Tetapi.. teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilanNya ini. Jadi terpulang sama awak nak kekal berdiam atau pun hendak menoleh ke arahnya…. Pilihan di tangan awak Dija.”

Benar kata orang… Menyintai seseorang yang baik akan membuatkan kita ingin berubah menjadi yang lebih baik dan untuk memiliki yang terbaik, ianya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Lantas digagahkan kaki ke surau. Di sepertiga malam in, eloklah dilepaskan keluh resahnya mengadap Yang Esa.

***
Punggungnya baru sahaja mendarat di kerusi. Melepaskan lelah setelah membuat rondaan. Matanya mula terpandangakan telefon bimbitnya. Bibirnya tersungging dengan senyuman apabila terpandangkan mesej daripada Mujahid itu.

Cepat-cepat dia ke surau berdekatan. Mohon pertunjuk daripada Allah. Jika Mujahid tidak mampu untuk memberikan kata putus untuk dirinya, biarlah dipohon jawapan itu daripada pemilih hati ini.

“Ya Allah… Yang Maha Pengasih… seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini.. tetapi Tuhanku… seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku.. bawalah dia jauh dari pandanganku.. luput dari ingatanku…dan perliharalah diri ini dari rasa kecewa..

Ya Allah Ya Tuhanku… Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya kedada langit. Hilang bersama senja nan merah dan gelap pekat awan agar aku rasa bahagia walau tanpa dirinya… Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku bersandar harap..” Di raup wajahnya. Rasa tenang sudah mula menjalan di pelusuk hati.

***

Hati Khadija berdegup kencang di luar kebiasaanya. Tidak berkelip dia memandang wajahnya di hadapan cermin. Solekan nipis itu benar-benar mampu membuatkan wajahnya bertukar seratus peratus.

“Berapa lama lagi kau nak pandang muka kau tu Dija oit… Dah cukup cantik dah..” Tegur Suhaila sambil tersengih-sengih. Pertama kali menghadiri reunion seperti ini, haruslah mendebarkan jiwanya. Apatah lagi Mujahid juga turut menyertai reunion kali ini.

“Cool bebeh… macam dia sorang je ada admire..” Usik mengusik seperti ini sudah terbiasa di antara dia dan Suhaila.Mereka mula melangkahkan kaki ke meja yang tersedia.

“Sue.. sebelum aku bunuh kau, baik kau senyap!” Ugut Khadija bengang. Sedari dulu lagi Suhaila gemar mempermainkannya.

“Amboiihh… kalau depan Id tuh, bukan main gemalai lagi kau kan? Tapi depan aku… Siap keluar statement bunuh lagi kot… padanlah si Id tu tak pandang kau Dija.. kau talam dua muka!”

“Weh, tak boleh cakap lebih kuat lagi ke?” Perli Khadija bengang! Sudahlah ramai orang, pasti ada telinga yang terpasang ketika ini!

“Id…. Saya sayangkan awak!!!” Ajuk Suhaila lagi. Kali ini dengan suara yang lebih kuat lagi.

“Ehem-ehem…. Boleh ulang sekali lagi?” Serentak Khadija dan Suhaila berpaling. Alamak! Khadija sudah mula tepuk dahi. Dan Suhaila… gadis itu masih boleh berpura-pura buat muka tak malu.

“Saya tu saya mewakili Khadija…” Tanpa izin, selamba sahaja ayat itu keluar dari bibir Suhaila. Khadija mula mengetap bibir. Memang ada yang nak kena bunuh betul-betul nih!

Mujahid tersenyum sahaja. Dia mula mengerling sedikit ke arah Khadijah yang anggun mengenakan baju kurung moden berwarna merah hijau itu. Menyerlahkan kecomelannya.

“Eh Dija, aku pergi jumpa Razif kejaplah…. Korang berbual lah…” Tanpa menunggu lagi, terus Suhaila meninggalkan Mujahid dan Khadijah di meja makan itu.

“Dija… warna baju ni sangat sesuai dengan awak..” Puji Mujahid bertapis. Dia tidak suka jika memuji wanita secara berlebihan. Namun cukuplah jika Khadija dapat merasai keikhlasannya.

“Terima kasih…” Jika bersama dengan Mujahid, adakalanya dia terasa hipokrit. Dia mahu sentiasa sempurna di mata Mujahid Langsung tidak mempamerkan sikapnya yang tercela. Mungkin ini sahaja cara untuk membali jiwa Mujahid.

“Dija, tu bukan Amran ke?” Mata Mujahid sedikit mengecil. Memandang seorang lelaki yang sedang berkepit dengan seorang perempuan yang tidak kurang cantiknya.

“Aah..”

“Dia dah kahwin ke?” Tanya Mujahid kurang pasti.

“Dah…”

“Rugilah awak… dulu dia sukakan awak tapi awak jual mahal.” Sakat Mujahid sengaja. Khadija gelak halus..

“Cinta… mana boleh dipaksa.”

“Cinta tu macam main nyorok-nyorok. Kita tahu ada orang menyorok tetapi kita tak tahu dekat mana orang tu menyorok.. yang pasti ia ada.. kita pun mencari-cari. Ada yang jumpa dan ada yang tidak.. tapi jangan risau, bila orang tu dah penat menyorok, akan tiba masanya dia memunculkan dirinya di depan kita… sama ada cari atau tidak, ia tetap ada dan kita tetap akan melaluinya… sama ada cepat atau lambat sahaja.”

Khadija mengutip setiap patah perkataan Mujahid itu dengan penuh khusyuk. ‘Orang itu sentiasa ada di hadapanku… tapi perasaannya sentiasa di sorok tanpa pengetahuanku..’

“Mencari pasangan itu barat seperti mencari sepasang kasut. Nampak cantik tapi tidak semestinya padan dengan kaki kita.. Jika kita memilih kasut yang salah, ini akan membuatkan perjalanan kita tidak selesa kerana kasut tersebut tidak serasi dengan kaki kita.. Begitu juga dengan mencari cinta.. cantik adalah sesuatu yang subjektif.. kerana yang penting dalam sebuah hubungan itu ialah keserasian kerana keserasian akan membawa kepada hubugan yang lebih selesa… Tak gitu?” Balas Khadija pula. Berbicara dengan orang yang banyak idea ini pasti akan membuatkan otak kita bergeliga sekali.

“Wahh…. Dia dah keluar dah madah berhelah tuh…”

Mereka terus berbual sehingga seseorang mula memanggil Mujahid menggunakan pembesar suara. “Malam ini, saudara Mujahid akan menyanyikan sebuah lagu untuk kita…”

Khadija memandang Mujahid. Air mukanya jelas teruja. Dia memang suka jika Mujahid menyanyi.

“Ish.. dia orang ni pandai-pandai jeh…”

“Pergilah nyanyi.. Saya dah lama tak dengar awak menyanyi..” Pujuk Khadija penuh berharap. Akhirnya Mujahid mula melangkah ke depan.

Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih

Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

Bait lagu Demi Waktu itu membuatkan hati Khadija tersentak hebat! Entah mengapa, dia mula teringatkan Aisyah.. Adakah Mujahid memaksudkan bahawa dirinya dan Aisyah sama-sama bernaung di dalam hati Mujahid?

‘Ketika kau merasa tak pasti.. jangan hanya berdiam diri.. Segera cari jawapan agar kau tahu kemana kaki ini harus dilangkahkan…’ Akal fikirannya mula menyampaikan nasihat ke kotak hati. Tapi persoalannya, apa yang perlu dia lakukan sekarang? Adakah dia perlu mengalah untuk menitipkan Mujahid kepada Aisyah.. agar lelaki itu tidak perlu merasa dilema lagi?

***

Kemunculan Aisyah di pejabatnya pagi itu benar-benar membuatkan Mujahid terkejut. Dia perasan pada beberapa mata yang memandang ke arah Aisyah. Memang dia akui, siapa yang memandang ke arah Aisyah, pasti ingin memandang untuk kali yang kedua. Wajah itu memang boleh menarik perhatian orang terutama sekali kaum Adam.

“Kenapa datang sini?” Tanya Mujahid pelik.

“Kenapa? Tak boleh ke?” Tanya Aisyah polos. Adakah dia telah menyusahkan Mujahid dengan kedatangannya?

“Bukan tak boleh.. Jangan salah faham.. Cuma saya pelik je..” Ujar Mujahid sambil mengelap air hidungnya sedikit. Sudah hampir tiga hari dia demam.

“Saya nak ajak awak makan pagi sekali… Itu pun kalau tak menganggu lah…” Pelawa Aisyah perlahan. Dalam hati, dia berdoa agar Mujahid tidak menolak perlawaannya.

“Hmm… sebenarnya saya dah beli nasi lemak tadi.” Terang Mujahid serba salah.

“Kalau macam tu tak apalah…” Aisyah cepat-cepat ingin beredar dari situ. Malu pula dengan Mujahid. Rancangnya, dia ingin membuat kejutan buat Mujahid. Namun kejutan lain pula yang dapat.

“Erk.. Sya… awak bawak apa tu?” Baru Mujahid perasan pada bekas bekal yang berada di dalam pegangan Aisyah itu.

“Oh… saya ada masakkan nasi lemak jugak.. Nasi lemak sotong.. Tak apalah, awak ambik je… Ajak kawan-kawan makan sekali… dan ni ubat.. ada ubat selsema, ubat batuk dengan ubat deman. Jangan lupa makan pulak!”

Kesemua barang-barang itu Aisyah letakkan di atas meja kopi yang memang sudah tersedia ada di bilik mujahid itu. Cepat-cepat dia berpaling. Ingin keluar. Tiba-tiba rasa kecewa menular di hati. Dia baru sahaja habis shif pagi. Cepat-cepat balik ke rumah untuk memasak nasi lemak. Dia bimbangkan kesihatan Mujahid yang agak kurang sihat itu. Kerana itulah dia terus datang ke sini.

“Sya…” Mujahid mula rasa terkilan dengan diri sendiri. ‘Apalah salahnya kalau aku menipu tadi.. Dia susah-susah datang.. siap sediakan makanan lagi.. Siap bawakan ubat lagi..’

Aisyah berpaling ke belakang. Memandang ke arah mujahid yang agak serba salah itu.

“Tak perlu rasa bersalah Id.. Saya yang salah.. Datang mengejut!”

“Hmm… mana saya larat nak makan semua ni sorang-sorang.. Boleh temankan saya makan?” Mendengarkan suara Mujahid yang agak serak itu, terus Aisyah jatuh kasihan.

“Ajaklah kawan-kawan awak teman…”

“Kawan-kawan saya dah makan tadi.. Saya je yang belum. Marilah makan sekali..” Ajak Mujahid sungguh-sungguh.

Aisyah mula mengambil tempat di sofa. Rasa terharu kembali mengalir dalam diri. Mujahid, dia sentiasa ingin menjaga perasaan orang lain. Macam manalah perempuan tidak mudah jatuh hati. Lelaki ini terlalu baik! Kebaikannya inilah yang sering disalah tafsir oleh wanita.

“Saya rasa lapar sangatlah hari ni… Macam tak cukup je nasi yang awak bawak ni.” Aisyah sendiri tidak pasti sama ada itu statment ambil hati ataupun Mujahid benar-benar ingin memaknakan kata-katanya.

“Eh, tadi ajak orang makan sekali.. Ni buat perangai tamak pulak!”

“Okay.. to be fair… Saya makan nasi lemak awak, awak makan nasi lemak saya..” Mujahid, lelaki ini benar-benar pandai mencuri hati.

“Nasi lemak awak tak sedap…”

“Sebab tak sedap lah saya bagi awak..” Lawak Mujahid selamba.

“Hampeh!”

Tergelak Mujahid melihat sifat manja Aisyah itu. Ya, manja gadis itu bukan dibuat-buat. Tapi memang wanita itu lembut dan santun orangnya. Berbeza sedikit dengan sikap Khadija yang agak keras sedikit.

Mujahid mula terbatuk sedikit. Dengan spontan, Aisyah mula menuangkan ubat batuk ke dalam penutup botol lalu disuakan kepada Mujahid.

“Saya tak boleh minum lagi… Kan tengah kerja.” Dalih Mujahid sengaja mengelat. Sebenarnya, dia memang culas untuk makan ubat!

“Jangan nak mengada lah.. sikit je pun… Kerja-kerja jugak tapi kesihatan tetap kena jaga!” Bebel Aisyah keras.

“Ialah doktor, kejap lagi saya makan.. Bagi saya rasa nasi lemak sotong ni dulu ya..” Pohon Mujahid sambil mengecilkan matanya sedikit. Tanda begitu mengharap. Akhirnya Aisyah mengangguk. Beberapa suap nasi, mula menjenggah ke dalam tekak Mujahid.

“Pernah tak orang cakap yang nasi lemak awak ni tak sedap?” Tanya Mujahid dengan muka yang serius. Berubah air muka Aisyah dibuatnya.

“Tak sedap ke?”

“Saya tanya awak kan.. Pernah tak orang mengaku yang nasi lemak awak ni tak sedap?” Ulang Mujahid sekali lagi.

“Errk… tak pernah..”

“Jadi orang komen sedaplah?” Tanya Mujahid lagi.

Aisyah jadi terfikir-fikir sendiri. “Tak jugak.. Biasa-biasa je kot.. Kenapa? Teruk sangat ke rasanya?” Cuak pula Aisyah dibuatnya.

“Nasi lemak awak ni memang berhak mendapat pujian Sya.. Nasi yang berlemak, sambal tumis sotong yang pedas. Awak dah lulus jadi bini orang nih! Kalau tiap-tiap hari makan masakan awak, saya boleh jadi gemuk Sya..” Usik Mujahid selamba. Berubah merah muka Aisyah dibuatnya.

“Saya tunggu kelulusan seseorang je.. Bila dia cakap okay, saya akan pasti akan masak untuk dia tiap-tiap hari.” Tutur Aisyah perlahan. Tanpa sedar, kata-kata itu begitu menghentak naluri lelaki milik Mujahid. Demamnya terasa makin menjadi-jadi.

***

Mujahid meraut wajahnya berulang kali. ‘Kesepian ini hanya aku yang merasakan bila dia tiada di sisi.. kenapa begitu yang terjadi sedangkan aku sendiri belum pasti perasaaan milik sendiri..’

Sejak akhir-akhir ini, jiwanya gundah ditelan rasa. Pasti ada yang terkurang dalam dirinya. Imam Al-Ghazali pernah berpesan “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun menbaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak engkau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati…. Jika engkau tak temui juga, maka berdoalah kepada Allah pinta hati yg baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati…” Adakah aku perlu memohon hati yang baru?

Kenapa sehingga kini dia terlalu sukar untuk membuat keputusan? Apa lagi yang kurang dalam solatnya? Apa lagi yang kurang dalam doanya sehingga doanya itu tidak diperkenankan oleh Allah. Mungkin ini adalah balasan daripada Allah kerana dia sedang mempermainkan dua jiwa.. dua hati.. dua wanita yang baik di sisi agama.

Sesuatu yang baik itu pasti akan dipermudahkan oleh Allah. ‘Tapi adakah ini tanda bahawa aku tidak layak untuk memiliki keduanya?’

Tunjangkan resahmu di dada solat… Himpunkan keperitanmu dalam gengaman doa…Tutuplah kekecewaanmu dengan taqwa.. Nilaikan cermin diri dengan keikhlasan hati…. Biarlah dirawat kegelisahan ini dengan bertahujud kepadaNya.. Sesungguhnya, hanya padaNya dia bersandar harapan…

***

Awal-awal lagi Aisyah sudah bangun. Hari ini, dia sudah berjanji untuk keluar bersama Mujahid. Kata-kata Mujahid masih terngiang-ngiang di telinganya. ‘Saya sudah ketemu jawapannya…’ Sungguh… hatinya diserang debar. Namun di kawal rasa hatinya. Kerana belum pasti lagi jawapan itu akan berpihak kepada dirinya.

“Okay… lepas ni kita nak buat apa?” Tanya Aisyah usai mereka habis makan tengah hari. Sebenarnya dia gugup. Mujahid memandangnya dengan pandangan mata yang tak mampu dia tafsirkan. Dari tadi dia menantikan jawapan dari Mujahid. Namun hanya topik lain yang keluar dari mulut Mujahid.

“Apa sahaja yang Sya nak buat…” Tawar Mujahid ikhlas. Bibirnya ranum dengan senyuman kacak.

“Betul?” Tanya Aisyah sungguh-sungguh. Segenap hatinya sudah mula mengandaikan bahawa cinta ini akan menjadi miliknya.

“Betul… nak tengok wayang, nak makan aiskrim, nak makan kek… nak membeli belah.. apa sahaja.. Saya akan teman awak.”

Mata Aisyah mula berkaca sedikit. Terharu dengan kata-kata Mujahid itu. Terasa dirinya teramat disayangi oleh pemuda itu.

“Nak tengok cerita apa?”

“Cerita hantulah!” Cadangan Aisyah itu Mujahid sambut dengan kerutan di dahi.

“Aik, awak bukan penakut ke nak tengok cerita hantu?” Kutuk Mujahid selamba.

“Memanglah saya takut.. tapi awak kan ada untuk teman saya.. ” Tutur Aisyah sedikit manja.

Mujahid terdiam dan tersenyum hambar sedikit.

Akhirnya, seharian itu mereka menghabiskan masa bersama-sama. Rasanya satu Berjaya Times Square itu mereka berdua jelajah. Beberapa keping gambar juga telah dirakam bersama. Inilah pertama kali Aisyah begitu bahagia. Bahagia bersama seseorang yang sangat dia cintai. Mereka berdua berpisah untuk menunaikan solat Asar.

Awal-awal lagi Mujahid telah mengarahkan agar mereka berdua berjumpa di raungan legar di bahagian bawah. Usai solat, terus Aisyah mendapatkan Mujahid yang sedang menunggunya.

“Jom.. saya hantarkan awak ke kereta.” Aisyah hanya mengangguk. Walaupun terasa berat hati untuk berpisah, namun dia memang perlu pulang. Badan ini perlukan rehat kerana hari esok telah menanti kudratnya.

“Aisyah….” Panggil Mujahid lembut. Langkah kaki mereka sudah tiba di kawasan parking.

“Terima kasih..” Ucap Aisyah cepat-cepat.

“Untuk?”

“Sebab membahagiakan hari saya…. Sebab sudi teman saya seharian nih.. Sungguh, saya terharu sangat!” Luah Aisyah ikhlas. Mujahid tersenyum lagi. Tapi makin lama senyuman itu makin hambar.

“Mungkin kita sudah menjumpai bahagia… apa yang tinggal kini adalah untuk memperolehinya pula. Namun bahagia itu umpama bulan… Ia perlukan mentari di sebalik mega untuk menyinarkan keindahannya.. Tapi apabila mentari terbit bersama-samanya, bulan akan hilang serinya. Mentari dan bulan tidak boleh terbit di langit yang sama pada waktu yang sama..”

Kata-kata Mujahid itu membuatkan Aisyah mengerutkan dahinya. Apakah maksud Mujahid yang sebenar?

Perlahan-lahan, mujahid mula menyandarkan badannya di pintu kereta milik Aisyah. Sekilas dia berpaling ke tepi. Hatinya berdegup kencang. Bibirnya berat untuk menyambung bicara. Tapi dia perlu melakukannya… Dia tidak bermaksud untuk mempermainkan hati Aisyah.. Mungkin takdir indah itu bukan milik mereka secara bersama.

“Awak dan saya… tak boleh bersama Sya..”

Bagaikan anak panah menusuk ke tangkai hati hingga membuatkan darah terus mengalir dengan derasnya.

“Kenapa?”

“Jadi awak pilih Khadija?” Belum sempat dijawab soalan pertama, Aisyah sudah hadir dengan soalan kedua.

“Saya sangka…awak pilih saya…” Tanpa malu, air matanya merebes perlahan. Kecewa yang dirasa, hanya Allah yang mengetahuinya. Rasa ini tidak seharusnya dibiarkan hadir. Keindahannya hanya seperti pemandangan di waktu senja. Namun keindahannya tidak lama apabila malam mula melabuhkan tirai… Ia akan berlalu pergi.. yang tinggal hanyalah kema malam. Sekelam hati dan perasaannya tika ini.

“Aisyah…” Cukup berat untuk dia memutuskan semua ini. Semua ini berada di luar dayanya. Hatinya ikut turut berat! Nafasnya terasa seperti disekat! Melihat air mata Aisyah itu, terus membuatkan dirinya berasa seperti seorang lelaki yang sangat tidak berguna.

“Baliklah Id… Tinggalkan saya sendiri..” Keras sedikit nada suaranya. Menggambarkan rasa kecewa yang bukan sedikit.

“Saya tak akan balik selagi awak belum balik!” Putus Mujahid muktamad.

“Kenapa? Kenapa perlu awak beli jiwa saya kalau awak tak mampu nak membayarnya? Kenapa?”

Mujahid diam. Tidak mempunyai jawapan yang terbaik untuk dihadiahkan buat Aisyah. “Aisyah… jangan bazirkan air mata itu untuk lelaki yang bukan milikmu…” Nasihat Mujahid lembut.

“Awak cakap senanglah! Awak tak akan pernah tahu dan faham perasaan saya! Sebab saya yang kena erti penantian… saya yang tanggung erti kerinduan dan saya yang mengharungi semua ini.. Bukan awak!” Marah Aisyah. Terlupa yang dia sedang berhadapan dengan seseorang yang amat dia cintai.

“Kenapa… kenapa awak tak buat saya bencikan awak? Kenapa perlu awak layan saya baik-baik hari ini…” Rintih Aisyah lagi. Dan Mujahid hanya membiarkan.

“Aisyah… Jika satu saat nanti awak ditakdirkan mencintai lelaki lain, lelaki itu pasti akan lebih baik dari saya.. Saya tak harap agar awak rindukan saya.. Cuma pinta saya, jangalah lupakan saya..” Makin pening kepada Aisyah bila menangkap kata-kata Mujahid itu.

‘Ya Allah.. hidangkanlah satu sifatnya yang tercela.. Agar dapat mengajar hati ini agar dapat membenci dirinya…’ Cinta datang dan pergi namun yang diharapkan tidak seindah mimpi. Yang terpamer itulah yang menjadi realiti. Sukarnya berenang di launtan cinta yang tidak bertepi… Aisyah terus menangis..

***

Hati Khadija mula diserang celaru. Permintaan bapanya semalam membuatkan dia hampir tersungkur menyembah bumi. “Sebelum abah tutup mata.. abah berharap sangat yang Dija akan terima seseorang dalam hidup Dija..”

“Terima seseorang? Terima siapa? Mujahid tu tak tahu pun aku sukakan dia.. tak kan aku nak melamar dia kot..” Mulutnya mula membebel sendiri. Tengah hari seperti ini, memang tidak ramai yang menjenguk di kedai. Kepala yang tidak pening itu dipicit lembut.

“Sejak bila tukar hobi ni?” Tanya Syahmi hairan.

“Errk.. Syahmi…” Khadija mula diserang gugup.

“Tukar hobi?”

“Yalah.. hobi membebel sorang-sorang..” Malu pula kerana ditangkap sedang mengomel sendiri.

“Awak buat apa datang kedai ni?” Topik cerita mula diubah.

“Saya datang hantar makanan tengah hari dekat awak…”

“Buat susah-susah jeh…” Bekas tuperware itu Khadija sambut dengan berat hati. Sebenarnya, dia perasan yang sikap Syahmi terlalu baik dengannya. Dalam apa jua perkara, lelaki ini sangat berhemah dan berlembut.

Mereka mula bertukar-tukar topik perbualan. Tidak mahu hubungan mereka kelihatan canggung. Namun tiba-tiba matanya terpandangan pada susuk tubuh Mujahid yang sedang masuk ke dalam perut kereta. Bila masa lelaki itu pulang ke kampung? Dan kenapa Mujahid pulang tanpa berjumpa dengan dirinya dahulu?

Selepas Syahmi beransur keluar dari kedai, terus dicapai telefon bimbitnya. Didail nombor telefon Mujahid itu. Sesudah salam, terus diterjah Mujahid dengan soalan yang bertubi-tubi.

“Id, tadi ada datang kedai kan? Kenapa tak masuk? Bila balik? Tak beritahu pun nak balik?”

Mujahid ketawa di hujung talian. Begitu banyak soalan…

“Saya balik semalam.. Sengaja tak beritahu.. Hmm, saya nak hantar makanan tengah hari. Tapi bila tengok awak asyik berdating.. Tak jadi saya nak bagi.” Penerangan Mujahid itu nyata membuatkan Khadija melopong.

“Lah.. dia tu anak bos saya lah…” Ujar Khadija separuh kecewa. Kalaulah Syahmi tidak datang tadi, pasti Mujahid akan menghampirinya.

“Tapi, awak dengan dia nampak secocok…” Komen Mujahid ikhlas. Ya, memang nampak sepadan sungguh.

“Id…” Suara Khadija mula ditekan sedikit. Tanda melarang Mujahid meneruskan kata-kata.

“Hmm.. pak cik macam mana?” Topik perbualan, mula berubah rentak.

“Alhamdulilah makin sihat.. Syukur sangat yang abah dah okay.”

“Alhamdulilah.. teruslah berdoa dan berusaha pada Dia. Selebihnya, tawakal jelah..”

“Eh, esok saya cuti.. Jom kita keluar nak? Carikan hadiah untuk mak awak tu?” Khadija mula mencari alasan untuk keluar bersama dengan Mujahid. Bukan tiap-tiap hari dia boleh menatap wajah lelaki yang dicintainya itu.

“Hmm.. Saya dah belikan hadiah untuk mak saya.. Saya pilih dengan Aisyah..” Sejurus selepas mendengar nama Aisyah, terus senyuman panjang itu mati dengan sendiri. Terlupa pada kehadiran Aisyah yang menjadi jurang antara mereka.

“Oh… Jadi esok nak keluar tak?” Dia bukan mahu terhegeh-hegeh, dia Cuma mahukan kepastian sahaja. Kalau jadi, senang sedikit dia hendak mengatur hari minggu yang cukup sibuk dengan kenduri itu.

Lama Khadija menanti balasan jawapan daripada Mujahid.

“Tak sudi ya nak keluar dengan saya?” Saat ini, Khadija dapat merasakan yang hubungannya dengan Mujahid memang tidak akan pergi jauh. Mungkin benar, mereka hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat.

“Bukan macam tuh…tapi..” Mujahid ingin mencari ayat yang paling sesuai untuk diterangkan kepada Khadija. Dia mula sedar yang apa yang dia lakukan tika ini adalah salah. Mengajak perempuan bukan muhrim untuk keluar bersama pasti akan mengundang fitnah yang besar. Kerana antara lelaki dan wanita, pasti akan ada yang ketiga. Lagipula, dia tidak mahu mencemarkan maruah Khadija yang sering diangkat tinggi oleh orang kampung. Wanita yang terbimbing akhlaknya.

“Tak apa.. Awak tak perlu terangkan kepada saya..” Khadija sudah tidak berdaya lagi untuk memikir. Selepas ini, dia hendak menjauhkan rasa hatinya yang sudah mula menjauh.

“…Dija, saya pernah tertewas… Tapi saya tak mahu terus tewas dengan hasutan nafsu! Saya nak mempersiapkan diri untuk menjadi orang yang baik… Saya banyak cakap pasal hal agama, tapi mungkin kurang mengamalkannya.. Mungkin sebab itu, Allah sering menangguhkan doa saya. Jadi saya fikir, waktu sekarang adalah waktu yang perlu untuk saya berubah. Allah nak bagi hint, seharusnya saya tak boleh kekal memperbodohkan diri sendiri lagi.”

Umar Al-khatab pernah berkata, orang yang ketawa itu kurang wibawanya.. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.. Orang yang menyintai akhirat dunia pasti menyertainya.. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. Jadi sudah diputuskan, dia ingin membela maruah Khadija dan Aisyah.

Memang itulah kebenarannya. Dia tidak betah berada di takuk yang sama. Mengulangi kesilapan yang sama. Tidak selamanya Allah akan memberikan peluang! Jadi manusia haruslah menggunakan ruang yang telah dihamparkan.

***

“Ilahi tempat aku berlindung dan memohon pertolongan… Lukaku tidak akan sembuh kecuali dengan kurnia dan kasihMu… Kesulitanku tidak akan terlerai kecuali dengan rahmatMu.. Kedukaanku tidak akan reda kecuali dengan anugerahMu.. Kerinduaku tidak akan hilang kecuali bertemu denganMu.. Wahai akhir harapan para pengharap, wahai puncak pencarian para perindu Sayangilah daku yang berlidah lemah.. beramal kurang.. Lindungilah daku di bawah naunganMu.. yang teduh dengan ketenteraman yang panjang….

Ya Allah… andai ini solat terakhirku, aku bermohon belas ehsan dariMu.. Ampunilah segala dosaku.. Ampunilah segala kekhilafanku.. Redhalah keatasku dengan segala nikmat yang telah Kau kurniakan kepadaku.. Akan ku serahkan segala ketentuan hidupku kepadaMu.. Biarlah masa yang akan membicarakan segalanya.. Aku akan tetap menyintaiMu tanpa jemu.. Aku tidak akan berpaling lagi pada yang akan mengganggu dan menggugat jiwaku.. Hanya padaMu tempat aku bernaung dan berpaut.”

Mujahid meraut wajahnya berulang kali. Hatinya sudah kembali tenang apabila mengadap Yang Ilahi. Dia sudah bertekad untuk menyerahkan cinta ini hanya pada Yang Maha Esa. Dia sudah tidak peduli pada tafsiran manusia dengan sikapnya. Apa pun mungkin akan terjadi, tapi yang pasti dia tidak akan berganjak lagi.

***

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah guru yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Hati Aisyah sudah kembali tenang setelah disogokkan dengan kata-kata nasihat yang berbaur semangat. Cinta yang sebenar adalah apabila kita mampu untuk melihat dia bahagia bersama orang lain.

“Berbahagialah Id… Saya izinkan… Saya lepaskan awak..” Walaupun hatinya meraung dan merintih, namun dia bersyukur yang cinta Mujahid sentiasa ingin membuatkan dia merapatkan diri dengan yang Maha Pencipta. Apabila merintih, seakan-akan hilang segala bebanannya. Itulah kuasa Allah.

***

Khadija mula menutup Al-quran itu. Hati yang di dalam kesakitan, dia ingin tampal dengan ketabahan sebagai pengubat diri.. Hati yang di dalam pengkhianatan dan tohmahan, dia ingin tampal dengan kesabaran pengawal emosi.. Hati yang di dalam ketakutan, dia ingin tampal dengan ketakwaan sebagai pendinding diri… Hati yang di dalam keraguan, dia ingin tampal dengan keyakinan, dia ingin tampal dengan keyakinan pertunjuk ALLAHURABBI… Hati yang di dalam kekecewaan, dia ingin tampal dengan kepasrahan mencari redha Ilahi.

“Berbahagialah Id… saya redha kalau bukan saya orang yang mampu untuk membahagiakan awak… Mungkin ada yang kurang dalam cinta ini. Moga kau berbahagia bersama cinta barumu itu…” Al-quran itu dibawa rapat ke dada. Biar laut yang bergelora ini akan tenang semula. Dibiarkan rasa sedih ini berkampung untuk saat ini sahaja. Biar hari esok tiba tanpa rindu lagi.

***

Berita yang dia dapat daripada keluarga Mujahid itu membuatkan Khadija tidak senang duduk. Kata Puan Halimah, Mujahid kemalangan dan lelaki itu telah ditempatkan di wad ICU di Hospital Kuala Lumpur.

Tanpa berfikir panjang, terus Khadija memohon izin dari ibu dan bapanya Dia terlalu ingin melawat Mujahid. Melihat dengan mata kepala sendiri dengan kedaan Mujahid. Mujur sahaja keluarganya memang mengerti pada hubungan mereka yang bersahabat baik.

Sesampainya dia di perkeliling, sepupunya sudah siap menunggu untuk membawanya terus ke hospital. Kalau keadaan Mujahid baik-baik sahaja, petang ini pun dia akan terus pulang ke Kuantan.

Namun apabila melihat wajah Umi Mujahid yang sembab itu, dia dapat merasakan yang keadaan Mujahid sungguh teruk. Terus dipeluk Puan Halimah seeratnya. Air mata Puan Halimah kembali merantai di pipi. Betapa rawangnya hati seorang ibu untuk menghadapi insiden seperti ini.

“Mak cik… Mujahid macam mana?” Soalnya apabila pelukan dirungkaikan.

“Hati dan buah pinggang Mujahid rosak teruk.. Rusuk kanannya patah.. Yang berfungsi sekarang hanyalah jantung dia sahaja…”

Khadija menekup mulutnya. Tubir matanya mula terasa panas. Sungguh, dia ingin menangis. Menangis untuk melahirkan ketakutannya untuk kehilangan seorang lelaki yang amat dia cintai. Tapi untuk menangis dihadapan Puan Halimah, itu bukan caranya. Hati tua itu pasti akan lebih rapuh.

“Boleh saya tengok dia?” Pinta Khadija penuh mengharap.

“Masuklah… Ada seorang kawan dia kat dalam tuh..” Encik Khalid yang berada di sebelah Puan Halimah mula menunjukkan arah bilik Mujahid.

Perlahan-lahan diatur langkah ke dalam wad yang menempatkan Mujahid. Apabila dia menolak pintu bilik, dia melihat seorang wanita yang sedang berada di sisi Mujahid. Dan matanya mula menangkap sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Keadaan Mujahid itu sungguh memilukan. Wayar berselirat di sana sini. Badannya penuh luka-luka. Ya Allah, benarkah ini Mujahid?

“Khadija…” Suara itu membuatkan Khadija berpaling ke arah perempuan itu. Air matanya sudah mula menyapa birai pipi.

“Awak kenal saya?”

“Saya Aisyah…” Seketika, mereka saling berpandangan sesama sendiri. Namun tanpa sebarang suara lagi, terus mereka berdua hilang dalam pelukan yang bersulamkan tangis. Bagaikan ada magnet yang menarik mereka untuk bersatu dan berpaut sesama sendiri.

“Saya tak sangka keadaan dia seteruk ini.” Luah Khadija apabila pelukan dileraikan. Aisyah terus menarik Khadija agar mendekati badan Mujahid.

“Id… Dija dah datang.. Awak tak mahu bukak mata lagi ke?” Suara Aisyah terketar-ketar. Tanda menahan sendu yang menggunung. Khadija terharu! Sungguh, dia tidak sangka Aisyah akan melayannya sebaik ini. Sangkanya dahulu, Aisyah adalah persis watak ketiga yang penuh antagonis seperti di dalam novel ataupun drama. Tapi wanita ini sungguh berbeza…

“Id.. saya dah datang…” Lirih suara Khadija menampan telinganya.

“Dia boleh sembuh kan?” Pertanyaan itu dihulurkan kepada Aisyah. Dia tahu yang Aisyah bekerja sebagai seorang doktor. Sedikit sebanyak, pasti Aisyah mengetahui keadaan diri Mujahid.

“Aisyah….” Panggil Khadija lagi. Aisyah seolah-olah menyembunyikan sesuatu darinya.

Perlahan-lahan, Aisyah menarik bahu milik Khadija. Dia menjatuhkan dagunya di bahu milik Khadija. “Keadaan.. dia dah tenat Dija…” Lambat-lambat, ayat itu keluar dari mulut Aisyah. Aisyah memeluk Khadija kejap! Mula menghitung kekuatan yang sudah hilang ditepis badai yang menerpa dan Khadija hanya mampu mengalirkan air mata.

***

“Ya Allah, kami menghimpun kekuatan.. kami memohon ketabahan yang tinggi untuk meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar… Kami mohon ya Allah.. kau sembuhkan lah Mujahid… Berikanlah dia kesempatan untuk terus bernyawa… Seseungguhnya, kami hanyalah insan yang memerlukanMu Ya Allah…” Tulus doa Aisyah yang sedang mengimamkan solat maghrib mereka itu. Khadija juga ikut turut teresak-esak. Menahan sebak!

Aisyah mula menoleh ke belakang. Pertama kali berhadapan dengan Khadija, dia mula sedar yang dia kalah serba serbi. Gadis itu punya hati yang luhur. Punya hati yang kental. Punya semangat yang tidak pernah mengenal erti kalah. Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan gadis secantik Khadija.

Khadija mula merapat ke arah Aisyah. Saat bertentang mata dengan Aisyah, dia mula sedar yang gadis ini terlalu istimewa. Punya pangkat dan kedudukan yang tinggi. Punya seraut wajah yang mampu membuatkan tidur seseorang tidak lena. Punya akidah yang teguh. Punya sikap yang matang dan positif. Sesungguhnya, gadis ayu ini memang berhak mendapat tempat di sisi Mujahid.

“Terima kasih..” Ucap Khadija dalam tangisan.

“Untuk apa?” Tanya Aisyah sedikit keanehan.

“Sebab membahagiakan dia..” Ayat itu benar-benar ikhlas keluar dari jiwa Khadija. Dia tidak akan membenci wanita yang Mujahid sayangi. Dia sudah redha apabila Mujahid memilik Aisyah.

“Tapi dia lebih bahagia bersama awak Dija.. Awak sentiasa terbaik di hatinya.. Sedangkan saya, tak pernah mempunyai ruang itu..” Kata-kata Aisyah itu membuatkan Khadija mengerutkan dahinya.

“Apa yang Sya cakap ni? Sepatutnya saya yang ucapkan tahniah kepada awak.. Sebab Id pilih awak.. bukan saya..” Kali ini giliran Aisyah pula yang tercengang.

“Id tak pernah pilih saya…” Luah Aisyah jujur.

“Id pun tak pernah pilih saya…” Ujar Khadija dengan mata yang berkaca.

Mereka berdua sama-sama mula menutup mulut. “Id tak pernah memilih antara kita berdua..” Air mata kembali singgah di ruang wajah. Rupanya selama ini mereka benar-benar tersalah sangka.

“Mungkin Id dapat rasa yang dia akan jadi begini.. Sebab tu dia tak memilih antara kita berdua..” Mereka berdua saling berpandangan dan mula hilang di dalam pelukan erat. Masing-masing ingin mencuri kekuatan yang hampir pudar ditelan rasa sedih.

“Percayalah Aisyah… Saya rela beralah.. Saya rela menyerahkan dia kepada awak.. Saya rela membenarkan dia bahagia di sisi awak.. Tapi saya takut kalau dia terus pergi dari pandangan mata saya.. Aisyah…. Saya tak mahu kehilangan dia dalam keadaan seperti ini…” Rintih Khadija pilu.

Aisyah membantu mengelap permata jernih milik Khadija. ‘Benar kata Id… Khadija punya hati yang penuh ikhlas…’

“Saya juga tak mampu untuk kehilangan dia Dija… Tapi semua ini berada di luar kudrat saya.. Siapa saya untuk menahan takdir Allah…” Ujar Aisyah pula.

Khadija mula membawa kedua belah tangannya ke pipi Aisyah. Ditepis segala air jernih itu. ‘Id kata, Aisyah ini manja orangnya.. Tapi apa yang boleh aku tafsirkan ialah, Aisyah punya jiwa yang kuat dan kental.. Dia kelihatan lebih matang daripada apa yang Id khabarkan..’

Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh dari luar. Terjenggul wajah seorang jururawat yang bertugas. “Doktor, kawan doktor dalam keadaan kritikal!”

Khadija dan Aisyah kembali berpandangan. Kuatkah mereka untuk menempuh takdir yang dibentangkan?

***

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Wahai yang bergelar wanita, dirimu telah dianugerahi dan dirimu juga telah diuji maka segala yang datang dan pergi itu meskipun boleh kita tangisi tetapi hidup ini tidak akan terhenti pada detik hati kita kecewa meratapi. Hidup ini tidak akan terhenti walau kita kehilangan orang kita sayangi. Makan teladanilah semuanya dengan rela hati. Pasti kita akan merasai betapa di sebalik semua ini, terselit kasih dan rahmat Ilahi. Hanya kita yang perlu mesyukuri.. Barulah kita mampu merasainya.

Tangan Aisyah mencari tangan milik Khadija. Digengam erat jari jemari itu. Biar sama-sama mengumpul kekuatan. Tiada lagi air mata yang menyinari bola mata mereka.. Kerana antara mereka berdua, mereka sebenarnya tidak pernah dipilih apatah lagi hendak memilih.

“Dija… Aisyah…” Panggil Puan Halimah lembut. Memanggil sahabat anaknya yang ikut turut mengiringi pemergian Arwah. Cerek air itu mula bertukar tangan. ‘Bersemadilah dikau dengan tenang wahai anakku… Umi akan mendoakan kebahagiaanmu di alam sana..’ Air mata yang mengalir, diseka dengan hujung baju.

“Aisyah… mari kita siram sama-sama.” Ajak Khadija sambil diiringi sejuring senyuman di bibir. Tangan Aisyah dan Khadija mula bersatu. Bersatu tika menjiruskan air ke tanah kubur. Di sini rupanya perlabuhan kasih yang perlu mereka curahnya..

Tak siapa menyangka, tak siapa menduga yang begini pengakhirannya. Mujahid pergi menyambut panggilan Ilahi. Meniggalkan semua ahli keluargannya.. Meninggalkan semua sahabat handalnya.. Meninggalkan semua harta bendanya… Meninggalkan rasa cinta di hati Aisyah dan Khadija tapi dalam masa yang sama, menyatukan kasih dua orang wanita untuk kembali menyambung silaturahim.

“Kita tak berhak menangisi sesuatu yang bukan milik kita…” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Aisyah ketika menyambut pemergian Mujahid semalam. Entah dari mana dia mendapat semangat ini? Dia sendiri tidak dapat mengenal pastinya. Tapi apa yang pasti, kemunculan Khadija di sisinya seperti dapat membangkitkan aura baru. Menyegarkan perasaannya yang selama ini gundah gulana.

“Kalau saya nak menangis untuk kali yang terakhir boleh tak?” Pinta Khadija jujur. Entah kemana hilangnya sikap tabah dan sabar yang selama ini sering dipuji oleh Mujahid. Kehilangan Mujahid bagaikan menghapuskan segalanya. Mungkin dahulu, dia terlalu ingin kelihatan sempurna di hadapan Mujahid. Sehingga terlupa bahawa dia hanyalah manusia biasa. Mujurlah ada Aisyah.. Sungguh, gadis ini sangat luar biasa orangnya. Menenangkan jiwanya yang bercelaru.

“Menangislah di bahu saya ni…” Tawar Aisyah sambil menepuk sedikit bahu miliknya. Tanpa sedar, tangisan juga sedang membasahi pipinya.

“Dija, Aisyah…” Panggil Puan Halimah perlahan.

“Terima kasih sebab banyak tolong Umi..” Kata-kata Puan Halimah terkandung jutaan rasa sebak. Khadija dan Aisyah mula menghampiri Puan Halimah. Umi Mujahid itu berhak untuk bersedih di atas kehilangan anaknya yang tersayang.

“Jangan cakap macam tu Umi.. Kami dan anggap umi macam umi kami sendiri.. Kalau ada apa-apa masalah, jangan segan-segan mintak tolong dengan kami..” Digosok perlahan bahu Puan Halimah. Menghalau resah yang berkunjung tiba.

“Betul tu umi… Saya dengan Dija akan sentiasa ada untuk umi.. Jangan menangisi pemergian Mujahid.. Sebab dia sedang mendapat tempat yang lebih baik di alam sana..” Tangan kanan Puan Halimah diraih. Aisyah melemparkan senyum. Puan Halimah terus memeluk keduanya wanita itu. Dia hilang seorang anak lelaki, tapi Allah menghadiahkan dua orang wanita yang sungguh mulia pekertinya.

***

Kembalikan wahai hatiku… kembalilah kepada fitrahmu.. yang suci lagi murni.. kembali lah ke singgahsana Iman yang hakiki.. Jangan kau katakan kau cintai Tuhan kiranya engkau terlalu mendamba akan bersatu dalam bahagia dengan makhluknya. Bukalah lembaran fitrahmu yang Allah tetapkan dari azali betapa tidak akan berdiri engkau tanpaNya.. Tidak akan mulia engkau tanpa kiranya masih mahu berdiam diri di sisi mahkluk dengan harapan ingin bahagia disampingnya.. kerana memang telah ditentukan, memang tiada kebahagiaan yang hakiki selain kebahagian mencintaiNya yang tidak pernah lupa memberi, juga tidak pernah lupa untuk melindungi.

Kita harus sedar betapa manisnya ujian kekecewaan ini.. Jika tidak diuji, mungkin kita tidak akan merayu kepada Allah kerana apabila sudah bahagia, mana mungkin kita perlu mengadu kepada Allah.. Betapa manisnya saat hati benar-benar mahu bersama Allah. Betapa manisnya apabila hati benar-benar mengharapkanNya.. Ketenangan yang tidak dapat dibayar meski mendapat kasih manusia yang melimpah..

Air mata Aisyah bergenang di kelopak mata apabila membaca buku motivasi bertajuk Antara Dua Kasih karangan Nurul Khadija yang begitu menusuk kalbu. Siapa sangka, akhirnya cita-cita Khadija untuk menjadi penulis telah pun berjaya. Berkat usaha dan doa, setiap yang diimpikan oleh manusia itu pasti akan dimakbulkan Allah.

Dengan pantas, Aisyah terus mencapai telefon bimbitnya. Nombor Khadija segera dicari. Sejak hampir lima tahun lalu, hubungan yang terjalin tidak pernah terputus. Malah makin mekar mewangi dari sehari ke sehari. Kasih sayang itu tumbuh dan bercambah dengan harumnya. Tanpa dinodai dendam, sengketa ataupun iri hati.

“Dija…. saya dah baca buku awak tuh.. Sangat-sangat menyentuh hati. Good job sayang…” Jerit Aisyah setelah talian bersambung.

“Assalamualaikum Aisyah…” Perli Khadija sengaja. Bibirnya mengukirkan tawa. Kelakar dengan sikap Aisyah yang melulu itu. Mungkin terlalu teruja untuk menggambarkan rasa hatinya.

“Waalaikumusalam Dija… hehehe…” Aisyah mula mengawal tawa.

“So how? Buku tu okay tak?”

“Sangat-sangat okay Dija…. satu perkataan yang menggambarkan keseluruhan buku ini ialah Awesome! Saya pasti yang buku ni akan laris di pasaran…” Puji Aisyah ikhlas. Dia puji, bukan kerana Khadija adalah sahabatnya, tetapi Khadija berhak mendapatkan pujian di atas setiap titis keringatnya dalam menyiapkan buku ini. Bukan mudah buat wanita itu bertatih untuk ke menara gading ketika orang yang sebaya dengannya sudah pun melakarkan kerjaya. Tapi itulah, semangat Khadija tak pernah merundum. Malah sentiasa terbakar dari sehari ke sehari.

“Haha… janganlah puji sangat Sya.. kembang setaman dah saya ni.. Baby pun dah menendang-nendang ni…”

“Baby? Means awak mengandung Dija?” Bertambah pula rasa teruja Aisyah.

“Yup sayang… saya dah mengandung dua bulan!” Sudah hampir setahun dia mendirikan rumahtangga bersama seseorang yang teramat menyintainya. Sering menjadi penguat semangatnya. Penawarkan keresahannya. Siapa lagi kalau bukan…. Mohamad Syahmi bin Daud. Anak taukey tempat dia bekerja dahulu.

Alhamdulilah.. selepas kehilangan Mujahid, Allah tidak menutup pintu hatinya itu. Malah dilebarkan lagi sayap cinta di dalam jiwanya. Kebiasaannya memang begitu.. Yang baik pasti akan mendahului yang terbaik. Hidup ini lebih kepada perkara yang tidak diduga. Jangan pernah merasa sangsi padaNya. Jika kita kehilangan seseorang yang baik, Allah akan menghadiah yang lebih baik pada waktu yang telah ditetapkan olehNya.

“So, bila due?” Tanya Aisyah teruja. Turut menumpang kebahagian Khadija.

“Hmm… doktor cakap, due on October..”

“Alamak!” Aisyah mula menepuk dahi.

“Kenapa?”

“Saya kena awalkan majlis lah.. Sebab kalau on October, risau kalau awak berperang nak bersalin pulak..”

“Majlis? Majlis apa nih? Jangan cakap yang awak nak….” Khaidja menghentikan kata-katanya. Mulutnya melopong besar.

“Saya nak kahwin Dija…” Sambung Aisyah tanpa sempat ditahan. Gembira kerana dapat berkongsi berita ini dengan sahabat baiknya. Malah, sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.

Menjerit Khadija di corong telefon. Hilang terus perangai isteri orang itu. “Serius?”

“Seriuslah… Mana boleh kahwin olok-olok..” Gurau Aisyah pula.

“Alhamdulilah.. akhirnya masa awak tiba jugak. So, siapa orang yang bertuah tu?” Khadija bersyukur kerana Allah telah mendengar doanya. Dia terlalu berharap agar Aisyah diberikan kebahagiaan seperti dirinya juga.

“Hmm.. doktor jugak…” Jelas Aisyah malu-malu. Sebenarnya, memang sudah lama lelaki itu menantikan dirinya. Cuma dialah yang masih berdalih. Masih belum bersedia untuk menerima kehadiran lelaki lain. Tapi akhirnya, telah diserahkan semuanya kepada Allah. Selepas dia melakukan istiharah, hatinya makin terpaut dan terpikat dengan Hafiz.

“Pelik lah doktor nih… Pergi kerja sebab sibuk merawat pesakit ke atau sibuk bercinta?” Usik Khadija sengaja.

“Nak buat macam mana, dekat hospital je ada peluang nak bercinta..” Mereka berdua mula ketawa besar. Berkongsi berita gembira bersama-sama.

“Eh, handsome tak mamat tuh?” Selongkar Khadija selamba.

“Hmm.. bolehlah.. tapi tak lah sekacak Mu..jahid…” Tanpa sedar, nama lelaki itu meluncur lambat-lambat dari mulutnya. Mereka sama-sama terdiam. Mula menyelongkar kenangan silam yang hampir pupus dalam ingatan.

“Mujahid memang kacak… Mujahid memang pandai.. Mujahid memang terbaik.. Tapi dia bukan milik kita dan bukan suami kita. Letakkan cinta kita di tempat duduk yang sebenar atas satu gelaran yang bergelar suami… Saya akui, saya dengan Abang pun bermula dengan kosong… Tapi percayalah, selagi kita merelakan kedatangan cinta itu, cinta itu akan hadir dengan sendirinya..” Nasihat Khadija itu, Aisyah tanam di pelusuk hatinya. Dia sudah bersedia. Untuk menerima seseorang yang telah ditakdirkan Allah buatnya.

“Lepas ni awak boleh tulis novel cinta pulak Dija…” Usik Aisyah sambil ketawa.

“Awak pun boleh jadi doktor cinta pulak..” Balas Khaidja sambil ketawa senang.

Antara dua kasih bukan tentang antara dua orang gadis.. bukan antara dua pilihan… Tapi antara cinta Ilahi dan cinta sesama insan. Cinta sesama manusia itu umpama ombak yang sentiasa merubah pantai. Dimana apabila rasa kasih itu mula retak, rasa kasih dan sayang pun akan menyisih. Manakala kasih Ilahi tiada bersempadan. Tak mengira siapa, tidak berakhir malah akan kekal selamanya.

Di antara dua kasih, di makamnya yang berbeza.. Kasih sesama insan itu mudah untuk dijumpai namun iainya terlalu sukar untuk diperlihara. Namun kasih Ilahi lahir dari ketulusan jiwa yang bersuluhkan keimanan. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan dan tanda kasih Allah buat hambanya.

p/s :: kisah ini benar-benar berlaku.. kisah tentang dua orang gadis yang tidak mengenali antara satu sama lain tetapi telah menyintai seorang lelaki yang sama.. Walaupun lelaki itu telah tiada, namun hubungan antara dua orang wanita itu masih erat terjalin… Malah makin lama makin bercambah sayangnya. mencantumkan rasa cinta yang terpisah di dalam persahabatan….harap terhibur… maaf atas segala kekurangan… yang baik itu datang dari ALLAH, yang kurang itu adalah dari kelemahan diri sendiri… lebiu u all much more….

Coment from fye: cite ny best sgt2 menyentuh perasaan ak bile membacanye.. susah nk memilih bile ada 2 pilihan.. kedua2nye baik dan amat menyenangkan..tp nk buat cm ne kene memilih jgk diantara sala sorang..walapun akan menguris perasaan yg seorang lg... papepon idup ada pilihan tp kenelah pilihan yg kite pilih uh tepat.. jgn lah jd cm yg dikejar xdpt yg dikendong berkeciciran...take note k.. 

copy from : penulisan2u


</div>
               
               
               
 

Copyright 2015 © Eyzafye. Design by Ayu Barbydol