2/01/2011

Kambing ohhh kambing

31 Jan 2011 Kami tiba di UK Farming Sdn.Bhd pada pukul 10 pagi dengan kereta wira yang dipandu oleh Shairah. Tiba di sana kami melaporkan diri kepada Pn. Norzarena Binti Sahbudin bagi mendapat kebenaran untuk berjumpa dengan pengurus mereka. Selang lima minit kami menunggu, kami ditemukan dengan pengurus syarikat yang bernama Cik Kee Wen Chien. Beliau merupakan orang yang akan ditemuramah oleh kami serta menunjukkan kepada kami tentang proses-proses yang dilalui dalam membuat produk mengunakan susu kambing ini. Sepanjang perbualan kami, sedikit sebanyak telah membantu kami bagi menyelesaikan tugasan yang akan kami serahankan kepada pensyarah kami.  Selama 1 jam temubual ini berlangsung.Selepas sesi temubual, kami dibawa ke tempat pemerahan susu kambing menaiki kereta pengurus mereka, Cik Kee. Sampai sahaja di tempat pemerahan susu kambing, kami ditunjukkan bagaimana pemerahan susu dilakukan. Di dalam proses ini, setiap kambing seperti telah terlatih kerana, apabila pagar dibuka kambing akan masuk dengan sendirinya dan kambing-kambing itu akan beratur mengikut tempat masing-masing bagi memudahkan proses pemerahan dilakukan dengan mudah. Selepas kambing beratur,  pekerja di sana akan membersihkan puting kambing menggunakan kain putih yang lembab bagi memastikan puting kambing adalah normal sebelum pemerahan dilakukan, bermakna putingnya tidak begitu panas mahupun sejuk. Sesudah itu ubat akan disembur ke puting bagi memastikan tiada kuman. Seterusnya pemerahan akan dilakukan menggunakan mesin yang disediakan. Untuk memastikan kambing-kambing itu diam semasa proses pemerahan dilakukan, kambing-kambing akan diberikan makanan. Selepas pemerahan dilakukan puting kambing-kambing itu akan disapu dengan antiseptic. Itulah antara proses-proses yang dilakukan sebelum dan selapas pemerahan susu.
Bukan itu sahaja, kami juga diberi susu kambing serta buah Markisa untuk dirasa. Susu kambing di sini memang tidak berbau berbanding susu kambing di tempat lain. Buah Markisa pula rasanya masam manis dan sedap. Buah Markisa disini dijual serta digunakan untuk membuat jus. Kami juga tidak ketinggalan untuk melihat barang-barang yang dihasilkan dari susu kambing dan kulit kambing. Susu kambing di sini bukan sahaja dijual malah susunya juga dapat menghasilkan syampu, losen, sabun mandian dan ais krim. Kulitnya pula dibuat jaket, beg dompet, serta perhiasan kunci.
           Akhir sekali kami dibawa ke tempat yang dinanti-nanti oleh kami iaitu kandang kambing untuk melihat jenis-jenis kambing yang terdapat di sini. Kandang kambing di sini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, pertama anak-anak kambing, kandang bagi kambing yang mengandung, ketiga kandang bagi ibu dan anak, keempat kandang bagi kambing muda yang belum mempunyai pasangan, akhirnya adalah kandang bagi kambing yang berpasangan. Semua kambing diasingkan mengikut kumpulan-kumpulan yang sepatutnya bagi memudahkan kerja atau mendapatkan mutu baka kambing yang bermutu tinggi. Ini mengelakkan baka kambing sejenis atau sedarah yang boleh membantutkan pertumbuhan baka yang berkualiti dan mengurangkan khasiat susu yang diperolehi. Kami difahamkan di sini bahawa seekor kambing jantan boleh membuntingkan 100 ekor kambing bentina mengawan. Kami juga diberi penerangan tentang jenis-jenis kambing yang terdapat disini. Bukan itu sahaja, kambing yang baru melahirkan anak akan diasingkan dan ibunya hanya akan bersama anaknya untuk pemberian susu selama 7 ke 10 hari sahaja. Selepas itu pekerja di sini yang akan memberikan anak-anak kambing itu susu melalui botol susu dan mengajar kambing itu untuk makan sendiri. Perkara yang paling mengejutkan kami adalah apabila kami dimaklumkan bahawa anak kambing yang baru dilahirkan boleh berdiri dan berjalan dalam masa 1 hingga 2 jam sahaja selepas dilahirkan. Anak kambing di sini akan dimandikan setiap hari bagi memastikan kebersihan kambing terjamin dari segi semua aspek serta mempunyai bulu yang cantik. Kambing yang sudah dimandikan akan dikeringkan badannya dengan menggunakan cahaya lampu yang disediakan khas untuk mengeringkan badan kambing itu.


INILAH ANTARA GAMBAR2 YG SEMPAT DI RAKAM DEKAT UK FARM SDN.BHD


Lelong2 RM60 jeerrrrr!!!


Di antara wakil2 pemerahan susu


Anak2 kambing selepas di mandikan..ingt kambing x mandi ker ???


Anak kambing yg kt tepi sekali 2 lah kambing paling sweettttttt gle la...nk je bwk blk


 kambing tengah nk mengawan...sory ye ganggu plak


ape seyh maen chak2 gn Kak Nadia la plak


Mata bertentang mata HATI???


 Cva bersama kambing


Model kambing of the year 2011


gambar cun tp blurr la plak

 
ak takut gn kambing



P/s : thank to UKFARM SDN. BHD kerana sudi menerima kteorg utk menjayakan projek ini.........

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Eyzafye. Design by Ayu Barbydol