Cerpen : Cinta Hatiku
Perjalanan hidupku sebelum ini berwarna-warni…tiba-tiba
detik hitam itu datang.Titik hitam itu hadir tanpa aku sedari.Seperti aku baru
bermimpi.Kenangan hitam itu selalu menghantui aku setiap malam.Tidurku tak
seindah dulu.Setiap malam asyik bermimpi perkara yang sama.Perasaan ku
bercelaru.Jiwaku memberontak.Sikap ingin mencuba sentiasa ada di dalam
diriku.Keinginan itu terlalu kuat.Kekadang aku tidak peduli dengan segala
nasihat dan teguran yang diberikan kepadaku.Mengapa kau hadir.Pergi kau dari
sini.Pergi….kau telah membunuh jiwaku…dan kau telah mengambil jiwa dan
ragaku.Hidupku telah mati.Lelaki.Sememangnya sifat lelaki seperti
itu.Penggoda.Kau kata kau cinta,tulus dan ikhlas.Tapi kau hanya mahu meragut
maruahku.Aku pula perempuan yang bodoh.Bodoh kerana mendengar rayuan syaitan
itu.Cubalah…kau akan tahu keenakan nya…kau ingin merasa bagaimana rasanya naik
ke syurga.kau akan rasa nikmat yang kau tak pernah rasa.Suara apakah yang
membisik ditelingaku ini.ahhh…peduli apa aku.Bagaimana caranya untuk aku
membuang rasa keliru dalam hati ku ini.Dia,cinta pertamaku.
Dia juga kekasih awal dan akhirku.Aku tak mampu lagi
membohongi rasa hati ku lagi sejak aku bertemu dengannya sekali lagi.Dia juga
rasa apa yang ku rasa.Aku tahu itu dosa..tapi apa boleh buat.Perasaan yang tak
mampu ku kuburkan.Hampir setiap hari dia cuba menghubungiku.Itupun secara
rahsia.Begitu juga dengan aku.Cinta.Maksud yang terlalu meluas.Kategori apakah
cinta yang ada dalam hatiku ini?.Hanya disebabkan satu kebohongan,cinta itu
mula rapuh dan musnah.Aku akui yang aku amat menyintainya tapi aku tak mahu
dianggap sebagai pemusnah rumahtangga orang lain.Aku bukannya jenis perempuan
yang sebegitu.
Cinta yang setulus dan sesuci murni atau cinta yang
bernafsu.Iskandar.Mohd.Iskandar bin Rahimi.Satu nama yang tak pernah luput
dalam fikiranku selama 10 tahun.Jahanam.Kenapa waktu sekarang kau hadir dan
menggangggu ketenteramanku.Ku lihat wajah yang begitu polos dan yang sedang
nyenyak tidur di sebelahku.Khairuddin.Jejaka idaman Malaya.Seorang suami yang
“perfect” dalam segala hal.Zuriat.Mungkin belum ada rezeki lagi.Sudah lima
tahun melayari bahtera.Masih belum lagi sampai ke destinasi.Bahagia?aku cukup
bahagia.Tapi cinta?aku tak pasti apa perasaanku padanya.Cinta atau sayang.Khai
hadir ketika aku derita menanggung sengara.Boleh dikatakan semasa aku frust
menonggeng dan menyelamatkan aku dari terjerumus ke dalam dunia gelapku.Terima
kasih ,Abang.Tapi maafkan Sha…bang.Sha tak mampu menjadi seorang isteri yang
baik untuk abang.Sha dengan rela hati izinkan abang untuk menikah satu lagi
kerana Sha tak mampu untuk memberikan zuriat sebagai waris untuk abang.Aku
bermonolog.Kami berdua telah sama-sama mendapatkan rawatkan pakar.Tapi semuanya
normal.Namun sampai bila dia boleh bertahan tanpa waris.
“Sha..kenapa ni?dah larut malam ni.Kenapa tak tidur
lagi”.Aku terkejut mendengar suara itu.
“Eh…abang bangun sebab Sha ye.Maafkan Sha,bang sebab buat
abang terjaga”
“Sha cuba siapkan assignment nie”.Sambungku lagi.
“Esok saje lah Sha siapkan tu.Dah tu…jom tidur.Esok kan Sha
nak bangun awal pergi kuliah”.
“Tak ada, kelas ke esok?”
“Ada”jawab ku.
Sebagai seorang isteri aku menurut kata suami.Satu kucupan
singgah di dahiku.Hangat dan penuh bererti.
“Hai…Sha.Awal kau hari ni”.Anita.Seorang yang happy go
lucky, peramah, cantik dan itu yang aku suka sangat berkawan dengan minah
nie.Walaupun bapa nye orang kaya tapi dia yang sebagai anak tu tak
sombong.Semua pelajar kat U ni suka dengan perwatakan minah nie.Satu je yang
aku tak tahan dengan minah senget nie.Tak boleh tengok lelaki handsome dan
fresher yang baru masuk.Semua nye dia nak rembat.”Ha…termenung lagi lah minah
senget sorang ni pulak”.
”Eh eleh…dia yang minah senget’balasku lagi.Hahahhaaa.Kami
sama-sama gelak tanpa menyedari ada orang yang sedang memerhati gelagat aku dan
Anita.
“Amoi…lu suka hati pagi-pagi nie oooo”
“Apa lah kau nie…Zul.Tak boleh tengok aku dan Anita pujaan
hati kau nie bersenang-senang ke ha?”
“Yang kau nie ikut cakap loghat orang cina ni apasal
pulak?mabuk ke?hahahhaha”Zul hanya tersengih sambil menayangkan gigi yang
tersusun indah tu.
“Apahal…u tak call I semalam”Tanya Anita kepada kekasih
hati,pengarang jantung nye itu.”I semalam pergi rumah Mak Su Zita kat,UK”Anita
hanya menggangguk tanda faham apa yang dikatakan oleh si Zul tu.Tiba-tiba Zul
mengeluarkan sepucuk surat dan memberikannya kepadaku.Aku menyambut dengan
keheranan.Siapa pulak yang nak cari nahas bagi surat kat aku pagi-pagi
nie.Salah aku jugak sebab merahsiakan perkahwinanku dengan semua orang.Hanya
pihak pengurusan Universiti saja yang tahu kerana suami ku seorang yang
berpengaruh.Aku menjeling kearah Zul.Zul hanya menggelengkan kepala tanda tidak
kenal siapa empunya surat tu.Nak berahsia ye.Berani sungguh betul orang yang
tukang tulis tu.Aku cuba memandang kiri kanan untuk mencari orang yang di
syaki.Namun hampa yang mendatang.
“Tak payah lah kau nak cari siapa orang tu.Surat tu pun aku
jumpa kat bawah pintu dorm aku.”
Nasib aku yang jumpa kalau si Jempol Gosip tu…heboh satu
Kampus dibuat nye.Jelas Zul kepadaku..dengan perasaan yang berdebar-debar,surat
yang aku tak tahu siapanya punya.aku buka dan baca.
Salam sejahtera buat dikau yang selama ini aku kagumi dan
yang selalu terbayang dimata,
Andainya kau tahu siapa diriku…tentu dikau akan mengingati
sejarah cinta kita dulu
Puas aku mencari dimana keberadaan kau kini…namum dengan
pertolongan Allah S.A.W…Allamdullilah akhirnya kau masih menyambung pelajaran
di tempat aku berkerja sekarang.Lama telah aku perhatikan dan penantian aku
tidak sia-sia.Aku tahu akan latarbelakang mu…siapa kau sebenarnya…Sayang…kau
telah menjadi milik orang lain.
Insan yang pernah menjadi milik hatimu…Is
OMG…hatiku mula merasa tak keruan.Bercampur baur.Tak senang
duduk dibuatnye.Kenapa selama ini aku tak pernah melihat kelibat jejaka yang
pernah menghancurkan cintaku 10 tahun yang lalu.Tanpa sedari airmata ku mula
mengalir dipipi.Perasaan yang selama ini tak pernah aku curahkan kepada Abang
Khai mula hadir di hati dan sanubariku.Maafkan..Sha…bang.Walaupun si dia pernah
menghancurkan cinta ku tapi cinta itu tak pernah luput dalam hatiku.Aku terlalu
mencintainya.Aku tak pernah berfikir untuk membenci atau menghapuskan rasa cinta
itu.Tapi kenapa sekarang.Kenapa tidak dari dulu saja.Is…engkau juga yang telah
menipuku.Status yang tak pernah aku tanya.Tak pernah sedetik pun terlintas
dalam fikiranku untuk menyiasat siapa dirimu.Kerana aku terlalu
menyintaimu.Rupa-rupanya engkau suami orang dan mempunyai seorang anak.Patah
seribu hatiku bila mengetahui kisah hidupmu.Aku tak mahu menjadi PERAMPAS SUAMI
ORANG.Walaupun madu itu manis tapi terlalu pahit untukku telan.
Surat itu mengganggu fikiranku.Ya…Tuhan..bantulah hambaMu
ini.Lapangkanlah fikiran ku ini daripada bayangan wajahnya.Abang..maafkan
Sha.Bukan Sha ingin merahsiakan perasan Sha yang sebenarnya.Cinta Sha bukan
untuk Abang.Sha menghormati Abang.Sayang dan cinta tak sama.Tiba-tiba ruangan
kuliah ku di datangi Pengarah Kolej dan ditemani oleh seorang jejaka yang
sangat aku kenali.
“Maafkan saya kerana mengganggu kelas anda.Disini saya ingin
memperkenalkan seorang pensyarah yang baru di kolej kita iaitu
Prof.Mohd.Iskandar bin Rahimi”
Is…”Kau kenal ke dengan Prof, kite yang baru tu..Sha.?Aku
dengar kau menyembut nama dia.”.Aku hanya mampu menggelengkan kepala.Maafkan
aku Anita.Aku tak mahu rahsiaku terbongkar.Aku bukan wanita yang mulia seperti
yang kau sangka.Aku tak mahu persahabatan kita putus gara-gara kisah silam
ku.Anita memandangku dengan tajam.Dari renungan mata Anita itu.aku tahu dia
mengetahui sesuatu dan dapat merasakan yang aku sedang menyembunyikan sesuatu.
“Sha…Sha.Tunggu sekejap”Aku berpaling dan ternyata itu
Is.Aku terus berjalan tanpa berpaling lagi.Anita hanya terdiam melihat telatah
ku.
“Sha..kau cakap sekarang.Siapa En.Is tu pada kau?”Tanya
Anita.Aku hanya mampu menangis.
“Bukan waktu yang sesuai untuk aku menjelaskan
semuanya…Nita”
“Aku nak balik.”sambungku lagi.
“Kau pasti merahsiakan sesuatu.kau terlalu misteri…Sha”Anita
hanya melihat aku melangkah pergi.
*********
“Sha..kenapa dengan Sha nie?Tadi Mak Mah bilang yang Sha
asyik mengurungkan diri je sejak balik dari kuliah.Sha ade masalah ke.Cuba bagi
tahu Abang”
“Sha tak ada apa-apa..Bang.Cuma letih je”
“Kalau macam tu tak apalah.Bukan nye Abang nak menyibuk,Cuma
Abang risau kalau-kalau Sha sakit.Nanti kalau Sha sakit siapalah yang nak jaga
Abang yang dah tua ni.Kalau nak di ikutkan,Abang tak layak jadi suami Sha”
“Abang,kenapa Abang cakap macam nie.Selagi masih ada nafas
,Sha akan jaga Abang.”
Airmataku mula membasahi pipiku.Terasa kehangatan.
“Dahlah..tak payah touching- touching.Abang gurau je”
“Jom…makan.Mak Mah dah sediakan tu”Aku hanya menurut.
Kau tak boleh memendam perasaan kau lagi Sha.Kau harus
menjadi seorang isteri yang setia.Seorang yang solehah.Jangan jadi isteri yang
derhaka.Dosa besar.Cukuplah sekali kau melakukan kesalahan.Lupakan kisah silam
kau.Jodoh kau telah berakhir dengan si Is tu.
Suara itu datang lagi mengganggu hidupku.Tapi kali ini
dengan nada yang lembut.
Kau cukup mengerti akannya.Ya…aku harus berterus-terang
dengan Abang Khai,kalau aku mahu hidup bahagia.Aku harus melupakan sejarah yang
tak mungkin akan berulang sekali lagi.Tapi…adakah aku masih mempunyai kekuatan
untuk menjelaskan semuanya.
Aku cuba memandang wajah Abang Khai yang sepuluh tahun tua
dari aku.Masih lagi kelihatan ketampanan.Dengan segala halangan dan cabaran
yang kami tempuhi bersama,dia tetap berada di sisiku.Tak pernah sedetik pun dia
berniat untuk meninggalkanku.
“Kenapa,Sha.Dari tadi mata tu asyik memandang Abang je dari
tadi?”
“Hensem ke Abang nie”Abang Khai memang suka bergurau.
“Perasan”
“Usiklah si Sha tu Khai.Nanti merajuk pulak Sha tu kang”Mak
Mah pulak yang nak menyakat aku.
“Eh…mana ada Sha pernah merajuk”
“Ye lah tu”Kami sama-sama ketawa.Mak Mah,seorang yang cukup
menyenangkan.Dialah yang banyak memberikanku nasihat.Dialah juga ibu
kepadaku.Dialah tempatku meluahkan segala perasaanku.Kejadian tadi banyak
mengganggu fikiranku.Ingin saja aku berhenti dari kolej.Tapi apa alasan yang
patut ku berikan kepada suamiku.Tuhan berikanlah aku jawapan.Tunjukkanlah
kepadaku jalan yang harus ku lalui.
“Sha…kalau ada masalah bagi tahu Mak Mah.Jangan sembunyikan.Nanti
melarat.”
“Takde apa-apa,Mak Mah.Sha biasa je”
“Macamlah Mak Mah tak kenal kau berdua laki bini.Tak payah
nak berahsia dengan Mak Mah.”
Aku hanya berdiam diri saja.Ianya terlalu peribadi
bagiku.Aku takut terhadap pandangan Mak Mah terhadapku akan berubah.Aku takut
nanti dia mengira aku ni perempuan tak tak sedar diri.Cukuplah hubunganku
dengan ibu mertuaku saja yang renggang.Segala cemuhan dan sindiran masih lagi
berkumandang di telingaku.Cukup pedih dan perit kerana aku bukanlah menantu
pilihan bagi mereka.Aduh…sakit sekali hati ini bila memikirkan semua masalah
yang menimpaku.Tak layakkah aku untuk menikmati kebahagiaan seperti orang
lain.Aku juga berhak untuk semua itu.
Kakiku melangkah dengan berat sekali menuju kearah suamiku
yang sedang duduk berehat sambil menonton rancangan kegemarannya.Dengan pelahan
aku merebahkan kepalaku di atas bahunya.Sha sayang Abang.Aku hanya mampu
menyatakannya dalam hati saja.Aku yakin Abang tentu mengharapkan yang aku
menyatakan yang aku menyintainya dengan mulutku sendiri satu hari nanti.Dari
saat kami menikah sampailah hari ini aku tak pernah menyatakan yang aku
menyintainya.Aku sendiri tak pernah tahu kenapa sukar bagiku untuk
menyatakannya.Aku akui perasaan itu ada sedikit dalam hatiku.Makin hari
perasaan itu makin bertambah.Aku takut bila aku menyatakannya kebahagian itu
hanya sementara saja.namum kewajipan ku sebagai seorang isteri tak pernah aku
abaikan.
“Sha..cepat kau bagi tahu aku siapa En.Is tu pada kau?”
“Jangan pulak hari ni kau nak melarikan diri dari aku”
“Kalau ye pun bagilah salam dulu.Assalammualaikum.”
“Waalaikummusalam.Ha,cakap cepat”
“Nita,bukan aku tak mahu bercerita.Tapi ianya terlalu
peribadi bagiku.Sukar untuk ku menyatakannya.”
“Bukannye aku nak masuk campur,Sha.Tapi sebagai seorang
kawan aku berhak untuk tahu.”
“Bukankah,kita telah berjanji tiada rahsia diantara kita.”
“Ye..aku tahu Nita.Beginilah,kalu aku bersedia nanti akan ku
ceritakan.Tapi pada waktu sekarang tak boleh.Aku sendiri tengah runsing
nie.”Anita hanya mengangguk tanda setuju.
Perasaanku tengah bedebar-debar nie kerana masa pertama nie
dia yang masuk.Anita mencubit pahaku disaat En.Is masuk ke bilik kuliah.Aku
menjeling tajam kearahnya dan menyuruhny senyap.Takut nanti di dengar orang
lain.Nanti kecoh satu Kampus.Aku tak mahu Khai tahu yang Is mengajar kat sini.
“Good morning,guys.”
‘Good morning,Prof”
“Ok…hari ini kita akan menyentuh mengenai Kepentingan
Ekonomi Moden .And saya nak Cik.Qalesysha memberikan apa dia definisi bagi
Ekonomi Moden.”Kalau bukan waktu kuliah tentu aku membantah.Tapi kerana ianya
berkaitan dengan pelajaran aku terpaksa.
“Good.Cik Qalesysha.”Aku hanya mampu menunduk dan berdiam
diri saja.”Punye lah ramai student kat bilik nie,kau jugak yang dia panggil”Anita
membisik kepadaku.Terkelu aku dibuatnye.Aku cuba memberikan tumpuan disaat
Iskandar menberikan penerangan di hadapan,Sesekali dia merenung kearahku,aku
pula berpaling kearah lain.
“Qalesysha..lepas kelas nanti sila berjumpa dengan saja di
ruangan saya.”Bagaikan ditampar pipikanku bila mendengar permintaan itu.
“Awak dengar tak.Ini arahan”
“Baik.Prof”Aku menjawab dengan lemah.
Bilik itu terasa jauh bagiku.Hatiku bedebar-debar.Terasa
mahu pitam aku dibuatnya.Aku cuba mengajak Anita untuk menemaniku.Tapi dia tak
mahu ikut.Sial punya budak.Tadi nak sangat tahu.Bila diajak tak mahu
ikut.Dengan nafas yang panjang aku mengetuk pintu.Bismillahrirahmanrirahim.
“Masuk.Duduk”
“A..aaa..de.apa Prof panggil saya nie.?”
“Tak payahlah nak berprof-prof kat sini.panggil saja Is.Tak
de sesiapa pun yang kat sini.Hanya Sha dan Is saja.Kalau Is tak buat macam
tu,Sha tak kan pernah nak jumpa dengan Is.Maafkan Is,Sha.”Is cuba memegang
tanganku.Dengan pantas aku menarik tanganku.
“Maaf,Prof.Kalau tak ada apa-apa.Saya nak balik.Suami saya
tengah tunggu saya.Antara saya dengan Prof tiada hubungan apa-apa.Jadi jangan
sampai saya mengadu dengan pihak atasan”Tegasku.Aku cuba menahan perasaanku.Aku
tak mahu perasaan itu berputik kembali walaupun masih ada cinta untuk nya.
“Bukannye Is nak kurang ajar dengan Sha.Berilah peluang
kepada Is untuk menerangkan segalanya.Jangan menangis Sha,nanti orang anggap Is
apa-apakan Sha”Aku tak berani untuk menatap matanya.Aku terus bangun dan
beredar dari bilik itu.Namum sebelum aku melangkah keluar…”Maafkan
Is,Sayang”Tanpa berpaling aku terus pergi.Sampai di tempat yang selalu menjadi
penenang hatiku.Aku menangis sepuas-puasnya.Ditempat inilah aku melepaskan
geram.Tempat aku meninggalkan segala kesedihanku.Nasib baiklah hari ni aku bawa
kereta sendiri tanpa ditemani oleh Pak Abu.
“Is tahu Sha tentu akan pergi kat tempat nie”Terkejut aku
bila mendengar suara yang menyapaku.Sekali lagi aku cuba untuk lari.Tapi kali
ini tak boleh kerana tanganku dipegang erat olehnya.Aku hanya seorang
wanita.Tenagaku tak sekuat dia.
”Lepassssssssssskannnn,Shaaa.”Jeritku
“Kali nie Is takkan lepaskan Sha.Cukuplah selama nie Is dah
kehilangan Sha.”
“Siapa yang kehilangan.Is atau Sha.?Sha yang
kehilangan.Hilang maruah.Hilang keyakinan.Dimana Is selama ini disaat Sha
perlukan Is.Dimana…….aa?
“Maafkan Is,Sayang.Puas Is mencari Sha tapi tak jumpa.Is
sudah tak punya sesiapa lagi di dunia nie Sha.Isteri dan anak Is meninggaldunia
kerna nahas jalanraya.”Tersentak aku dibuatnya.
“Bila Is tahu dimana Sha berada,Sha sudah jadi milik orang
lain.”
“Alasan.Semua nye dusta belaka.bagi Sha apa saje yang keluar
daripada mulut Is,satu pun Sha tak percaya.Jangan ganggu Sha lagi.Sha nie
isteri orang tahu.Bukan macam orang lain yang mengaku diri nye bujang”Is terus
tergaman mendengar apa yang terbuku selama ini didalam hatiku.Hatiku cukup
geram dengannya selama ini.tapi tak secalit pun cintaku terhadapnya dipalit
dengan warna hitam.Cintaku terhadapnya sentiasa mekar dihatiku walaupun api
dendamku terhadapnya masih belum padam.Walaupun disiram dengan berjuta gelen
air sekali pun,tak akan padam.Bila aku mencintai seseorang,akan ku cintai orang
itu dengan sepenuh hatiku,dan bila kau membenci seseorang itu,seumur hidupnya
akan dibenci oleh aku walaupun aku telah memaafkan orang itu.Tapi esok lusa
siapa yang tahu kalau hati ini mula berubah.Seperti musim yang sering bertukar
empat kali setahun.Sukar bagiku untuk melupakan orang yang telah melukakan hati
ini.Cukup pedih dan perit.Hanya tangisan yang menemaniku.Ku cuba merenung
wajahnya.masih seperti dulu.Aku tahu Is amat menyintaiku.Begitu juga dengan
ku.Tapi aku tak mahu menjadi sepertinya.Aku tak mahu keluargaku musnah.Hati ini
sudah mula menerima cinnta hati Abang Khai yang selama ini cukup sabar melayan
karenahku.Tiba-tiba aku rasa dunia ku gelap.
“Sha…Sha..Kenapa nie Sha.Bangun …Sha”
Cukup berat untuk ku membuka mataku.Aku cuba untuk
mengangkatkan badan ku tapi aku tak mampu.Apa yang telah terjadi
padaku.penyakit apakah yang telah membuatkan aku telantar.Siapa yang telah
menghantarku ke Hospital.Mungkinkah Is…?
“Khai,Sha dah bangun.syukur Alhamdullilah.”
“A…ban..g”Aku cuba membangunkan diri sendiri.Hampa.
“Sha..tak payah bangun Sha.Sha masih lemah lagi tu.”Aku
hanya mampu menitiskan air mata.Seluruh badanku bagaikan diikat.Tak boleh
bergerak langsung.
“Nasib baik ada En.Is nie yang hantar Sha ke Hospital dan
menghubungi Abang.”
Is.Kenapa dia masih ada kat sini.Kau nak menghancurkan rumah
tangga aku ke.bentak suara hatiku.
“Maafkan saya.Encik berdua diminta keluar sebentar kerana
doktor nak periksa pesakit sebentar lagi.”Nasib baik jururawat tu datang.Aku
tak mampu untuk melihat kedua-dua insan yang telah berada di hatiku.Antara
cinta dan sayang.
“Doktor,saya sakit apa.bagitahulah saya.Saya berhak untuk
tahu”
“Ada ketumbuhan dalam rahim puan dan perlu dibedah secepat
mungkin.Nasib baik belum parah”Sekali lagi aku di beri dugaan yang cukup
besar.Ya…ALLAH.Kenapa cukup besar sekali dugaan yang kau berikan kepada ku.Aku
cuba menenangkan diriku.Kenapa sewaktu aku membuat pemeriksaan kesihatan dulu
semuanya normal.Mengapa takdir mempermainkanku.
“Suami saya tau ke tentang ini,Doktor”Doktor itu Cuma
menggelengkan kepala.Aku cuba menyakinkan Doktor yang merawat aku supaya
merahsiakan tentang perkara ini kepada sesiapa pun.Tiada siapa pun yang beh
tahu.Aku tak mahu menagih simpati daripada sesiapa pun.Cukup hanya aku seorang
saja yang menanggung.Cukup biar aku seorang saja yang derita.
Aku tak mahu insan yang aku sayangi hilang tawa gara-gara
penyakit yang aku hadapi.
“Kamu bertiga boleh masuk.tapi jangan lama-lama.Pesakit
perlukan rehat yang cukup.”
“Isteri saya sakit apa,doktor”
“Dia cuma letih saja.Tak ade apa-apa yang perlu
dirisaukan.Cuma pastikan pesakit mendapatkan rehat yang cukup.Dalam masa tiga
hari lagi,isteri encik boleh keluar wad”Khai mengangguk tanda faham.
Khai terus mengenggam tanganku.”Terima kasih.Encik kerana
telah menolong saya”Aku cuba bersikap tak mengenali Is.Aku tahu dia kecewa
dengan sikapku.Hanya senyuman terpaksa yang diberikan kepadaku.Aku mengalih
pandanganku ke arah Khai.
“Abang,maafkan Sha kerana tak pandai nak jaga diri.Mak
Mah,boleh tak Sha bersendirian dengan Abang Khai sebentar”Pintaku.Namum aku tak
mampu untuk merenung wajah Is.Mak Mah mengangguk tanda faham.
“Abang,Sha sayang pada abang…”dengan suara yang lemah aku
mengatakan yang aku menyayanginya.Tapi bilakah aku bisa mengatakan yang aku
cinta padanya.Aku tahu yang Khai amat mengharapkan ayat yang keramat itu.AKU
CINTA PADAMU
“Tidurlah..Sha.Abang pun sayang pada Sha.Cinta Abang hanya
kepada Sha seorang.Sekarang nie,Sha jangan banyak fikir.Rehat
sepuas-puasnya.Nanti Abang akan maklumkan kepada pihak Universiti.”Ciuman yang
hangat menyentuh tanganku yang dari tadi digenggam olehnya.Setiap kali suamiku
memegang tanganku,sebesar manapun dugaan yang ku lalui aku akan berasa tenang.
Masa rehatku telah berlalu,aku kembali lagi ke kampus.Banyak
dah kelas yang aku tinggalkan.Nasib baik aku ada teman yang menolong aku ‘catch
up’ kembali yang aku terlepas.Anita asyik memaksa aku untuk cerita apa yang
telah berlaku.Seperti biasa aku membeerikan alas an yang sama.Belum tiba
waktunya lagi.Tentang penyakit yang aku hadapi sama sekali aku tidak
memberitahu kepadanya.Aku tak mahu menagih simpati kepada sesiapa.Is,pulak tak
pernah lagi mengejarku.Sikapnya sama sekali berubah.Sekarang,Is pulak yang cuba
menjauhkan diri dariku.Bila aku menghantar assigment.Is bersikap terlalu formal
terhadapku.Mungkin Is terlalu kecewa dengan cinta nya yang ditolak aku
ketepi.itu yang baik bagi ku.Hari berganti hari.Bulan bertukar bulan.Aku hanya
menghitung waktu.Menanti bila berakhirnya sisa hidupku.Aku cuba mendapatka
kembali apa yang telah aku persiakan.Aku cuba memberikan waktu yang terbaik
kepada suamiku.Telah banyak waktu yang aku persiakan.Aku mahun tinggalkan
kenangan yang indah untuk nya.Setiap kali aku mendapatkan rawatan susulan,aku
akan merahsiakan daripada orang di sekelilingku.Hanya ubat menjadi teman
setiaku kini.Tapi sampai bila aku bias merahsiakan ini semua.Rambutku sentiasa
gugur.Nasib baik aku tak pernah membuka tudungku.Di rumah pun begitu juga.
Sementara di rumah,satu kejadian yng aku tidak ingini.Kenapa
pulak aku boleh begitu cuai pada hari tu.Mak Mah telah terjumpa botol ubatku
dan segumpal rambutku yang gugur.Ini disebabkan aku tergesa-gesa pergi ke
kampus kerana bangun lewat.Aku terlalu letih semenjak aku mula menjalani ujian
kimoterapi.Mak Mah telah menantiku di depan pintu.Tanpa ku duga,satu tamparan
hinggap di pipiku,dengan nada suara yang kuat dan diselangi dengan tangisan.Mak
Mah memarahiku.
“Sha,apa yang telah Sha buat ni.Kenapa nak berahsia dengan
Mak Mah.BukanKah ,Sha telah kata yang Mak Mah ini macam mak kandung Sha
sendiri.Sampai hati …Sha”
“Maafkan Sha,Mak Mah.Bukan Sha berniat nak merahsiakan semua
ini.Sha tak mahu menagih simpati.Biarlah Sha menanggung selagi hayat Sha masih
ada”
“Habis, suami kau macam mana? kalau dia tahu perkara macam
ni.bagi tahu Mak Mah yang sebenarnya.”Aku merayu kepada Mak Mah supaya tidak
memberitahu kepada Abang Khai temtang perkara ini kerana aku belum bersedia
lagi.Mak Mah hanya mengelengkan kepala saja kepada ku tanda tidak
setuju.Setelah puas aku memujuk, barulah Mak Mah bersetuju.
Besoknya aku ditemani oleh Mak Mah ke hospital untuk
berjumpa dengan doktor.Saatku masuk kereta tadi ,aku terasa seperti ada
sesorang yang memerhatikan ku.Bila ku menoleh,tak ada orang pun.Suadah beberapa
hari aku merasakan ada yang mengekoriku kemana saja aku pergi.Takkan Is
pulak.Takkan dia berani mengekoriku sampai ke rumah.Ah…ade aku kesah.Aku ada
urusan yang perlu di selesaikan.Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor.Bermacam-macam
yang bermain di fikiranku.Berapa lama lagikah aku akan hidup? Bolehkah aku
disembuhkan?
“Saya cadangkan supaya puan melakukan pembedahkansebelum ia
merebk.Itu satu-satu nye jalan untuk menyelamatkan nyawa puan.kalau puan tak
melakukan pembedahan,nyawa puan akan terancam.”
“Buatlah,Sha.Sha bagilah alasan kepada kepada si Khai tu”
“Baiklah doktor,Saya akan usahakan.Bila tarikh yang sesuai”
“Minggu depan”
Sampai saja aku dan Mak Mah kerumah.Kami telah disambut oleh
suamiku yang setia menanti.Aku dan Mak Mah saling berpandangan kerana Abang
Khai tak pernah berkelakuan seperti itu.
“Ha…dah datang pun isteri abang yang ayu nie.Pergi mana
tadi.Happy Anniversary sayang”
Anniversary?Macam mana aku boleh lupa hari yang penting nie.
“Ehmm…lupa lah tu.Sha pergi mandi dulu.Pakai baju yang abang
letakkan kat atas katil.Dalm kotak berwarna biru.Abang tunggu kat taman”
“Maafkan Sha…Bang,Sha tak sengaja.”
“Mak Mah pun lupa jugak.Happy Anniversary…Khai,Sha.Semoga
kekal hendaknya.”Rupanye,segala nya telah diatur oleh Khai.Candle Ligth Dinner
dekat taman di halaman rumah kami.Makanan yang ditempah dari Hotel.Semuanye
makanan kegemaranku.Tentu Khai balik awal untuk menguruskan semua ini.Aku cukup
terharu dengan kesungguhnya dalam menyintaiku selama ini.Aku yang terlalu
buta.Aku cuba melupakan apa yang terjadi kepadaku.Sewaktu aku turun dari
tangga,aku melihat Khai sedang menantiku di bawah tangga sambil menghulurkan
tangan.
“Cantik sungguh Sha malam nie.”Aku hanya tersipu malu.Aku
melihat Mak Mah yang hanya tersenyum melihat gelagat aku dan Khai.Aku melihat
airmata Mak Mah mula mengalir.Itulah malam yang terindah bagiku.Baru hari
ini,aku mengamati keindahan itu.Aku akan manfaatkan malam ini.
“Abang,minggu depan dah mula cuti semester.Kita pergi
berkelah nak tak?”
“Minggu depan.Abang rasa tak boleh lah.Abang kena pergi
outstation.Ke Bali selama 2 minggu.Sha tak marah ke”Aku hanya menggelengkan
kepala dan memberikan senyuman.
“Kalau tak jadi berkelah,Sha nak ajak Mak mah balik kampung
minggu depan.Dah lama Sha tak balik kampung.Teringin lah pulak nak menghirup
udara segar kat kampung.”
“Kalau dengan Mak Mah.Abang izinkan.Kalau balik
sornag-sorang,Abang tak benarkan.Nanti isteri bang ni kena kebas dengan orang”
“Eh…abang nie,siapa lah yang nak kan Sha nie.Hidup pun tak
lama lagi”
“Apa,Sha cakap”
“Tak de apa –apa lah.Abang jangan lupa belikan Sha tudung
kat sana nanti ye.”aku cuba menukar topik.Aku lihat Abang Khai masih lagi
kebinggungan.Sesekali aku melihat sikapnye itu.Maafkan Sha …Bang.
Hari yang dinantikan telah tiba.Aku menemani Abang Khai ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Sayu rasa hatiku bila berpisah
dengan Abang Khai.Aku mula merasa kekosongan.
“Jaga diri baik-baik,ye.Mak Mah,tolong tengok-tengokkan
Sha.Kalau ada apa-apa tong bagitahu.”Mak Mah hanya megangguk.
“Halalkan makan dan minum Sha selama ini.Ampunkan segala
dosa-dosa Sha.”
“Abang halalkan.Abang pergi dulu.”Airmataku tak berhenti
mengalir.Aku bagaikan tak mahu berpisah dengan Khai.Aku tak tahu kenapa.Saatku
melihat Abang Khai masuk ke ruangan pelepasan dengan nada yang kuat aku
mengatakan ayat keramat itu.
“Abang…Sha cintakan Abang.Sha akan tunggu Abang balik”Aku
tak peduli dengan orang yang memandang ke arahku.Khai menoleh dan berlari
mendapatkan ku kembali.Kami berpelukan.Beribu mata yang menuju kearah kami.Mak
Mah pura-pura batuk.Pelukan dilepaskan.Satu kucupan singgah di dahiku.Hanya air
mata yang mengiringi pemergian Khai ke Bali.Sha akan tunggu Abang.Hatiku mula
berkata-kata.Pembedahanku berjalan dengan lancar.Mak Mah yang banyak
membantuku.Aku dan Mak Mah terus balik ke kampung.Aku ingin berehat di
sana.Sudah lama aku tidak melihat sawah bendang.Mendengar burung-burung yang
riuh berkicauan.Daun nyiur yang melambai.Ombak deras yang menghempas
pantai.Sungguh indah keajaiban Tuhan.Suara Mak Mah mula kedengaran,memanggil ke
pulang.Mak Mah begitu takut melihatku yang belum sembuh sepenuhnya.Tapi dengan
jagaan Mak Mah yang cukup rapi bagaikan jururawat peribadi bagiku telah
mempercepatkan penyembuhanku.Macam-macam herba kampung dan pantang larang yang
dikenakan kepadaku.Disebabkan hendak cepat sembuh aku turutkan saja walaupun
perit.Beberapi hari lagi Khai akan pulang.Tak sabar rasanye.Benih yang aku
semai selama ini telah berbunga.Aku harap ia akan mengeluarkan buah yang
ranum.Sewaktu aku cuba melangkah untuk pulang.Tiba-tiba ada suara yang cukup
aku kenal sedang memanggil namaku.Saatku menoleh.Iskandar.Sampai ke kampung kau
mengekoriku.Aku cuba melarikan diri tapi di halang olehnya.Tanganku dipegang
erat.Aku mula merayu untuk dilepaskan.Tak manis dipandang orang.Perutku mula
merasa sakit.Aku mula mengerang kesakitan barulah Is melepaskan tanganku.Dia
begitu risau dengan keadaanku.
“Perut Sha masih sakit lagi ke.Maafkan Is.Sudah lama Is
mengekori Sha.Kemana saja Sha pergi.Is tahu yang Sha baru saja selesai
menjalani pembedahan membuang rahim”Aku terkejut mendengar apa yang dikatakan
oleh Iskandar.Dia juga mengatakan yang dia telah mendengar apa yang aku luahkan
kepada Khai semasa di Lapangan Terbang tempoh hari.Dia juga mengatakan yang
hatinya runtuh dan remuk.Sungguh tak disangka yang cintaku untuk ny telh
terkubur.Kau salah Is.Cinta untuk kau telah aku simpan.Hatiku mula belajar
untuk menyintai Khai.Aku mahu jadi isteri yang soleha bukanye isteri yang
derhaka.Aku bukan seperti kau.Aku adalah aku.Jelasku kepadanya.Mak Mah menuju
kearahku.mak Mah memberikan amaran kepada Is supaya tidak lagi mendekatiku.
“Oo…jadi nilah laki yang selalu buat Sha muram dan dingin
dengan Khai dulu.Kau buat apa kat sini.Kau pergi balik sebelum aku panggil
orang kampung.”
“Dahlah Mak Mah.Jangan diungkit lagi kisah lama.Nanti di
dengar orang kampung.”Is mula melangkah pergi.Bermacam-macam soalan yang
ditujukan kepadaku.Jenuh aku dibuatnya.Macam mana Is boleh sampai ke sini?Tak
lama lagi Khai akan pulang dari Bali.Khai selalu menghubungiku bertanyakan
tentang keadaanku.Khai berjanji yang dia akan pulang terus ke kampung untuk
menemuiku.Bermacam-macam permintaan yang suarakan.Khai telah meminta aku dan
Mak Mah menyediakan lauk kegemarannya,Asam pedas ikan patin.Berita
Terkini:Pesawat AH737 Bali ke Kuala Lumpur telah terhempas disebuah kepulauan
Indonesia.Punca kerosakan sedang disiasat.Aku bagaikan ditampar bila mendengar
berita tergempar di televisyen itu.Abang Khai.Aku menangis dengan kuat
sekali.Aku seperti terkena hysteria.Mak Mah terus berlari dari dapur.
“Kenapa nie Sha.”
“Abang Khai Mak Mah.Kapal terbang yang dinaiki Abang telah
terhempas.”Mak Mah bagaikan tak percaya.Bila mendengar apa yang diperkatakan
oleh pembaca berita barulah Mak Mah percaya.Mak Mah cuba menenangkanku.Besoknya
aku dan Mak Mah cuba bergegas pulang ke Kuala Lumpur.Aku telah meminta bantuan
kawan baik Khai yang bekerja sebagai Duta Malaysia yang berada di
Indonesia.Beliau menjelaskan banyak mayat yang belum dijumpai dan sukar untuk
dikenalpasti kerana keadaan mayat yang menyedihkan.Pesawat yang dinaiki
terhempas lalu meletup.Aku telah memintanya memeriksa ada tak nama Khai.Rupanya
betul.Khai telah menaiki pesawat yang terhempas tu.Ya TUHAN.Mengapa ENGKAU
menyekat kebahagian hamba-MU ini.
Mak Mah memintaku untuk mengucap.Yang pergi biarlah pergi
dengan tenang.Jodoh,ajal dan maut di tangan Allah s.a.w.Keluarga mertuaku terus
pergi ke Lapaangan Terbang untuk memastikan kejadian itu.Keluarga Khai telah
menguruskan segalanya.Sample DNA telah diambil bagi mengenalpasti mangsa
pesawat yang terkorban.Ibu mertuaku memang tak pernah merestui perkahwinan aku
dan Khai.Aku telah dipersalahkan dengan kematian arwah Khai.Aku dituduh pembawa
SIAL.Perempuan pisau cukur.Aku hanya mendiamkan diri.Kak Izzara menasihati
supaya bersabar dengan karenah Ibu.Setelah mayat arwah Khai dikenalpasti
barulah proses urusan jenazah di jalankan.Aku terus menyalahkan diriku atas
kematian arwah Khai.Hidupku terus kelam.Aku seakan dapat merasakan yang Khai
masih hidup.Aku menjadi seorang yang pendiam.Aku bukan Sha yang dulu
lagi.Anita,Zul dan Is cuba menceriakanku,tapi gagal.Aku tak bisa lagi
tersenyum.Mak Mah sentiasa mengingatkanku supaya menerima kenyataan.Kita
hanyalah pelakon yang memainkan pelbagai watak dunia tapi Tuhan telah mengatur
jalan ceritanya.Rutin harianku juga berubah.Setiap hari tempat yang ku tuju
hanya kampus dan terus balik ke rumah.Bila pulang saja ke rumah aku terus
menguncikan diriku di kamar.Aku akan melihat gambar-gambar perkahwinan aku dan
Khai.Rasa bersalahku selalu menghantui.Aku fikir yang aku akan pergi dulu kerna
penyakit yang aku hadapi.Ternyata DIA lebih menyayangi Khai.Sampai terbawa-bawa
ke mimpi.Aku cuba mendekati diriku ke pada jalan-Nya.Tenang dan kedamaian yang
aku rasakan.
Sudah setahun berlalu,namum segala kenangan masih tak
dapatku lupakan.Mak Mah masih setia bersamaku.Pengajianku dalam tahun yang
terakhir.Tak lama lagi aku akan menempuh alam pekerjaan.Syarikat arwah ku
serahkan sementara kepada rakan kongsi arwah,Encik.Anwar untuk urusan semua
yang tertangguh.Harta peninggalan arwah ku gunakan sebaik mungkin.Masaku banyak
ku luangan bersama-sama anak-anak yatim.Anita jenuh menasihatiku supaya mencari
pengganti arwah.Namun hatiku belum lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.Iskandar
pula sering kali bertanya khabar melalui Anita.Pusara arwah sering kali ku
lawati.Di situlah tempatku meluahkan rasa rinduku.Tempatku meluahkan
perasaan.Masa berlalu terlalu pantas.Aku semakin yakin pada diri
sendiri.Qalesysha yang baru telah tiba.Semangat baru telah datang.Aku melayan
lagu daripada Ajai dan Krisdayanti’Perlu Kamu’.Lirik yang membuat aku tenang
dan damai.Rasa rinduku pada Iskandar mula mendatang.Ingin sekali aku menegurnya
semasa berada di kampus tapi aku malu dengan sikapku yang tak peduli padanya
dulu.Aku bertanya kepada Anita ada tak Iskandar bertanya pasalku lagi.Anita
hanya menggelengkan kepala.Aku mula rindu akan suaranya.Rayuan cintanya terhadapku.Aku
akui yang aku masih lagi menyintainya tapi aku mahu membahagiakan arwah.Aku tak
mahu jadi isteri yang curang.Kadang-kadang aku benci melihat Iskandar di atas
apa yang telah terjadi kepada ku.Benci tapi rindu.Pesanan ringkas telah ku
hantar tapi tak dibalas.Panggilan telefon telah ku buat tapi tak
diangkat.Adakah Is nak balas dendam?Tak mungkinlah.Aku tahu dia amat
menyintaiku.Di dalam kelas pun,Iskandar seakan tak peduli padaku.Selalunya nama
aku akan di panggil untuk menjawab soalan yang diberikan kepadanya.Aku
menghantar satu pesanan ringkas kepadanya.”Sha…akan tunggu ditempat biasa.Pukul
4.00 petang.Sha …harap Is akan datang.Sha akan tunggu Is”
Ternyata aku yang sampai dulu.Mungkin aku yang terlalu awal
sampai.Aku melihat jam tangan ku.Waktu yang tepat.Tak awal tak juga lambat.
“Assalammualaikum…”Terperanjat aku dibuatnye.Apa tak
tidaknye…aku mula berkhayal tentang satu mimpi yang belum punya kepastian.
“Wa….alaikummussalam.Sha ingatkan yang Is tak kan
datang”Terukir senyuman di wajahnya yang menambah lagi ketampanan di
wajahnya.Tanpa disuruh aku menjelaskan mengenai perasaanku terhadapnya.Aku juga
meminta maaf diatas semua kelakuan ku terhadapnya selama ini.Is hanya diam
terpaku.Is menghulurkan sepucuk surat kepada ku.
Isteriku yang disayangi…
Sebelum Abang pergi ke Bali..Abang telah berjumpa dengan
Iskandar.Baru sekarang Abang kenal siapa Iskandar yang pernah bertahta di hati
Sha selama ini.Abang rela lepaskan Sha untuk bersama dengan cinta hati
Sha.Wasiat Abang tetap milik Sha.Kalau terjadi kepada Abang…Abang serahkan Sha
kepada Iskandar.Abang telah terangkan kepada Iskandar.Namun dia telah menolak
kerana dia telah melihat kesungguhan Sha untuk belajar menyintai Abang.Abang
harap Sha akan menerima Is kembali.Mungkin ini…hasrat Abang yang terakhir…
Suamimu..Khai…
Airmataku mula menitis …surat itu ke genggam.Aku menangis
dalam dakapan Iskandar.”Kenapa baru sekarang Is bagi tahu Sha”tanyaku.
“Is tak sanggup meruntuhkan rumahtangga Sha.Is tak mahu Sha
terus membenci Is.Sebab itu Is merahsiakan segalanya.Biarlah Is memuja Sha dari
jauh.Is pun tak tahu ajal Khai akan sampai.Tak pernah sedetik pun Is doakan
supaya Khai pergi.”Is memelukku dengan erat.”Sebab itu,kenamn saja Sha pergi…Is
akan ikut.Tentang pembedahan yang Sha buat tu…Khai dah tahu.”sambung Is
lagi.Aku hanya terdiam kaku.Aku tak mampu lagi berkata-kata.
Hari berganti hari.Betul kata Mak Mah dan Anita.Hidup mesti
diteruskan.Tak baik mengingati orang yang telah pergi.Nanti roh arwah tak kan
tenteram.Hanya perlu sedekahkan doa untuknya.Hidupku mula terang.Cinta hatiku
mula kembali terjalin.Aku dan Khai sama-sama pergi melawat kubur arwah.Rumah
arwah aku sedekahkan sebagai rumah anak yatim yang baru.Aku dan Khai telah
memulakan hidup yang baru.Anita pun tak lama lagi akan berkahwin dengan Zul
lepas Konvo.Aku akan menjadi Pengarah Syarikat arwah.Anita dan Zul akan
berkerja denganku.
Iskandar pula tetap sebagai Pensyarah.Semua rakan kuliahku
terkejut bia mengetahui aku selama ini telah berkahwin.Itupun bila berita
mengenai balu arwah syarikat yang terkenal di Malaysia akan ditabalkan sebagai
Pengarah Syarikat yang baru.Anita seperti biasalah merajuk bila tahu akan
perkara ini.Puas aku memujuk nya.Aku akan mendirikan pelamin dengan Iskandar
dalam masa yang terdekat.Majlis yang sederhana.Khai bersetuju dengan
permintaanku untuk mengambil anak angkat.Hidup aku telah lengkap dengan
kehadiran seorang bayi lelaki yang comel,bernama..Khairuddin.Mak Mah menumpang
gembira dengan keputusanku untuk memberikan nama kepada penerang hidupku dan
Is, sempena nama arwah.Keluarga Khai pula mula menerimaku.Bagi keluarga Is pula
tiada masalah.Aku diterima seadanya.Mungkin inilah hikmah disebalik segala yang
berlaku di dalam hidupku.Setiap kesengsaraan tak kan berakhir dengan keperitan
kerana ada kegembiraan disebalik kesengsaraan itu.Jodoh tak kemana.Tak kira
lambat atau cepat.Setiap perjalanan akan ada perhentiannya.HIDUP TAK SELALUNYA
SENGSARA.
SUMBER: cerpen cinta hatiku
niceee :d
ReplyDelete