Cerpen : Sebuah Ceritera Cinta Pertama
Aku merenung dia dari suatu sudut di dataran yang luas itu.
Dia sedang makan bersama rakan – rakan lain usai tamat peperiksaan SPM hari
itu. Subjek Biologi adalah subjek terakhir. Mataku asyik merenung dia. Aku
ingin mengingat semua perkara tentangnya. Biarlah semua terakam kemas diminda
ini. Biar setiap kali merindukan dia, aku masih dapat melihatnya dalam
memoriku. Aku sedar, mungkin inilah kali terakhir aku akan bisa menatap wajah
itu lagi.
Sehingga kini aku masih mengingat segalanya dengan jelas.
Figur seseorang yang selalu kurindukan. Ketinggian sederhana, tubuhnya sedikit
membongkok tatkala berjalan… jelas memperlihatkan keperibadiannya yang suka
merendah diri. Kulit sawo matang, sedikit cerah. Wajah bujur sirih tak
berjerawat. Jeragat? Entah. Aku belum pernah sedekat itu menelek wajahnya.
Yang boleh aku gambarkan tentang wajahnya adalah dahi yang
luas, kata orang tua… itu ciri – ciri orang yang berpandangan jauh. Betulkah?
Mungkin juga. Rambutnya ikal dan tebal, panjang hampir mencecah bahu. Kau tahu,
aku paling suka curi – curi pandang waktu rambutnya diterbangkan angin. Cair.
Hehe.
Aku suka melihat alis matanya yang tebal… indah terbentuk.
Mata yang cantik terlindung di balik sepasang kaca mata. Paling kuingat adalah
senyuman miliknya. Kerna senyuman itulah penawar paling mustajab untukku. Saat
sedih dan duka. Saat pahit dan sengsara. Saat air mataku memecah luka yang
kuempang dihati.
Oh, ya. Hampir aku lupa. Dia punya suara yang istimewa.
Mungkin kedengarannya keterlaluan tapi bagiku suara itu seperti alunan musik
yang merdu lantas setiap tutur katanya terdengar di telingaku seperti gubahan
lagu terindah yang tak pernah jemu didengar hatta seumur hidup sekalipun.
Banyak hal yang istimewa tentang dia. Pasti masih banyak
yang lupa untuk aku ceritakan. Kau perlu kenal dia untuk jatuh cinta. Seperti
aku, rasanya waktu yang aku perlukan untuk mengenal dia adalah seumur hidup.
Seumur hidup juga mungkin belum cukup. Tapi aku telah jatuh cinta dalam masa
yang terlalu singkat. Cintakah… atau hanya terpesona? Jawapan yang pasti hanya
ada pada Dia… dan karena itulah dalam setiap doa, aku sering meminta padaNya…
Ya Allah.
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku… jadikanlah dia
imamku.
Ya Allah.
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat,
janganlah jauhkan dia dariku.
Ya Allah.
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah
hati kami sampai akhirat.
Ya Allah.
Jika dialah yang telah kau ciptakan untukku, tutuplah hati
ini untuk mencintai sesiapa selainnya.
Ya Allah.
Jika aku adalah rusuk kirinya… jadikanlah aku pelengkap
dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia
banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat – zuriat kami.
Ya Allah.
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia
kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia
bukan untukku, kurniakanlah dia dengan seseorang yang baik untuknya. Dan
bahagiakanlah mereka, ya Allah.
Ya Allah.
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana
untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap
ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.
Ya Allah.
Karena kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya
padaMu. Jika mencintainya inilah yang terbaik untukku… redhailah, semoga cinta
ini adalah karenaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan
semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini
dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.
Amin, ya Rabbal Alamin.
Kenapa dia? Itu yang selalu aku tanyakan pada diri. Entah.
Sejak bila aku jatuh cinta? Tak tahu. Aku tak tahu bila sebenarnya rasa ini
bermula. Hanya yang kutahu aku sedang mencintainya. Cukup begitu. Aku juga
tidak akan menjanjikan hati ini untuk dia selama – lamanya. Biarlah takdir
menentukan. Karena takdir jugalah kami ditemukan. Itu yang aku percaya.
Aku tahu ada sesuatu istimewa tentang dia sejak hatiku
merasa nyaman bila dekat dengannya. Merasa teguh untuk berdiri dengan
kehadirannya.
Bila hati ini berbunga mendengar suara dan melihat
senyumannya.
Bila air mataku menitis tanpa sedar karena cemburu dengan
perempuan lain.
Bila aku merindukan dia disetiap saat.
Bila setiap kelemahan dan kelebihannya terlihat sempurna.
Bila hatiku merasa ada getaran yang lain.
Bila aku tersenyum sendiri waktu dia kuingat.
Bila aku mengerti bahagia kerana dia.
Mungkin, aku mencintainya sejak itu.
Aku sangat menghargai anugerah perasaan cinta ini. Mungkin
aneh, cinta yang bertepuk sebelah tangan terlalu jauh untuk digapai. Tak pernah
ada suatu kepastian walaupun menunggu selama hayat. Aku sedar hakikat itu. Tapi
aku juga tidak dapat melawan perasaan hatiku. Paling susah untuk dibohongi,
mencintainya itu seperti penawar kehidupanku. Dia adalah suatu mimpi indah yang
melenyapkan semua kedukaan. Jujur, sejak kehadiran dia dalam hidupku, banyak
yang berubah. Menurutku, dia telah menjadikan aku manusia yang lebih baik. Dan
akulah manusia paling beruntung kerana Allah mempertemukan aku dengan seorang
insan yang mengubah pandanganku tentang kehidupan. Dia adalah kurniaan
teristimewa untukku.
Banyak yang aku belajar dari dia. Tempoh kurang lebih 5
tahun itu tak terasa berlalu cepat. Jika aku masih punya banyak waktu
bersamanya, aku cuma ingin lebih mengenal dia. Itu saja. Tapi aku tak menyesali
masa lalu. Rasanya aku telah lakukan yang seharusnya aku lakukan, dan aku telah
mempergunakan setiap peluangku itu sebaiknya.
Waktu yang memisahkan aku dengannya itu tak pernah
terhitung. Aku tidak mencoret kalendar menghitung betapa lamanya dia pergi
membawa bersama hatiku dengannya. Lantas tanpa sedar, rupanya telah mendekati
usia 4 tahun aku merindukan bayang dirinya. Anak kecil berusia 4 tahun saja
sudah bisa berbicara lancar. Lamanya waktu itu.
Sering kita dengar ungkapan rindu itu menyiksakan. Aku
pernah merasakan derita itu. Merindui seseorang yang mungkin saja takkan
kembali. Dek kerana sakitnya merindui dia, pernah aku cuba mengikis perasaan
dan ingatan terhadapnya. Aku cuba dengan bermacam – macam cara. Aku yang dulu,
jarang bergaul, gemar menyendiri berubah menjadi lebih peramah dan mudah mesra.
Aku boleh dekat dengan sesiapa jua.
Begitulah kemampuan kuasa yang lahir dari perasaan. Aku tak
percaya aku boleh melakukan itu. Secara positif, aku telah mampu memberanikan
diri dan membuka dinding – dinding yang selama ini membuat aku menjadi kurang
percaya diri. Namun secara negatif, usaha melupakan dia itu sia – sia saja.
Ternyata, dia bukan sekadar ‘singgah’ di hatiku.
Itu dulu. Waktu aku hampir menyerah, tak sanggup rasanya
menahan segenap perasaan ini dalam hati. Sekarang, pengalaman menjadikan aku
menjadi lebih dewasa. Aku mulai berfikir dan bertindak lebih matang. Entah bila
dan mengapa juga aku tidak tahu, tapi aku mulai belajar bahawa perasaan ini
harus kuhargai. Ia adalah anugerah. Jika inilah peluang untuk mengecap bahagia,
walaupun sekejap, aku mesti menghargai setiap detik itu. Jika cuma dengan mimpi
aku dapat memiliki dia, biarlah kujalani mimpi itu walau seketika.
Hmm. Jika kau bukanlah insan bertuah yang hidup berlimpah
bahagia dan gembira, pasti kau bisa mengerti.
Aku tak banyak beruntung dalam hidupku. Selama membesar, aku
berhadapan dengan orang – orang yang membuat aku takut dengan hidup. Aku
menyembunyikan diriku dari dunia realiti. Kerana aku takut, mampukah aku
menjalani kehidupan seperti orang lain? Kerana aku merasa sakitnya bila
terluka, aku tak sanggup ia terulang lagi. Bertahun – tahun aku menjalani hidup
seperti itu. Malah pernah aku berdoa pada Tuhan, jika ada orang yang bahagia
dengan hidupnya tapi dia sudah kehabisan waktu, biarlah aku yang menggantikan
tempat itu, biarlah aku yang mati. Kasihan ‘kan? Aku memulai hidupku dengan
menunggu kematian. Tapi, jika difikir – fikirkan kembali, aku menjadi sedar
betapa jahilnya aku dan syukurlah, masih ada waktu untuk aku ‘hidup’.
Aku ceritakan lagi tentang dia. Kalau ditanyakan ‘tipe’
lelaki idamanku, aku menyenangi lelaki yang secara fisiknya kurus kering (aku
juga tak tahu sebabnya), tinggi, squared jaw, berjerawat okey – asal tak
terlalu banyak… hehe, kelakar, periang, well mannered, easy going, down to
earth, workaholic, smart, tidak merokok, banyak pengetahuan agama (tidak
terlalu penting, asal dia mahu belajar sudah okey… yang penting adalah dia
mengamalkan ilmunya), terlalu mencintai aku tapi paling payah mengungkapkan
perasaannya (penting, kerana aku tak sanggup berkongsi kasih sayangnya dengan
sesiapa jua), penyabar, tidak mudah putus asa… mungkin ada beribu kriteria yang
boleh aku nyatakan.
Dulu, aku mencari lelaki ‘itu’. Tapi, saat aku bertemu dia,
aku tidak mencari sesiapa pun lagi. Aku ingin dia. Hal pertama tentang dia yang
menyentuh hatiku adalah ketulusan hatinya. Sesuai namanya, dia lelaki paling
ikhlas pernah aku temui. Setiap kali dia berbicara, aku dapat merasakan
ketulusan itu hadir bersama getaran suaranya. Jujur, rasanya sangat istimewa
kerana pertama kali aku terkesan dengan pertuturan seseorang sehingga ke dasar
hati. Setiap kata – katanya berbekas di hatiku. Memang tak banyak aku berbual
dengannya. Tapi, setiap perbualan itu sangat bermakna sehingga sampai hari ini
masih terdengar suaranya di telingaku. Masih aku ingat satu per satu kalimat
yang lahir dari bibirnya.
Dia sangat penyabar. Walaupun sekali, aku tidak pernah
melihat dia marah. Aku memang tidak mengharap dia menjadi sempurna seperti
nabi, tapi dia mempunyai peribadi yang aku senangi. Kau tahu, dia berteman baik
dengan seorang teman yang kurang disenangi oleh teman – teman lain, aku namakan
dia, Q. Dia menerima Q seadanya, malah membawa Q dalam keluarganya sebagai
saudara sendiri. Melihat cara dia menerima Q dengan sabar, dan penerimaan
keluarganya terhadap Q, aku jadi cemburu. Q beruntung sekali punya teman seperti
dia. Oh ya. Mulanya, Q bukanlah antara pelajar cemerlang yang jadi tumpuan
seperti dia. Sebaliknya, sejak mereka akrab, result exam Q tak kurang hebatnya
dari dia. Kalau tak salah ingatanku, pernah dalam suatu exam penting waktu itu,
dia dan Q mendapat keputusan paling cemerlang dalam tingkatan.
Kalau kau lihat dia, dia sentiasa nampak tenang. Maka kerana
itulah setiap kali stress, aku suka benar cari peluang untuk curi – curi
melihat dia. Hatiku rasa nyaman bila ada dia. Bila sedang marah, aku selalu fikirkan
dia supaya rasa marah itu hilang. Biarlah orang menganggap aku terobsesi
dengannya tapi sungguh, tiap kali rasa marah itu datang, cukup dengan memejam
mata, tarik nafas yang panjang dan tenang sambil menyebut nama dia, hatiku
terasa damai. Aku dapat merasakan seperti ada suatu aura yang meresap di hati,
menjadi ‘pacemaker’ yang membuat detak jantungku jadi tenang lagi.
Ada kalanya aku rasa lucu terkenang dia. Dia ke sekolah
dengan rambut berminyak disisir belah tengah seperti gaya seorang ‘mat nerd’.
Kadang – kadang makan di kantin sendirian sambil berteman buku Biologi di
depan. Hehe. Mungkin sepertinya aneh tapi aku suka.
Buku – buku latihannya untuk subjek Matematik Tambahan penuh
berconteng dengan jalan kerja. Sampai di bawah soalan, tepi buku, pokoknya asal
saja ada ruang kosong, dia gunakan semuanya. Akhirnya tak ada lagi ruang tak
berconteng di buku, semua penuh dengan huruf dan angka.
Ada waktunya, aku curi – curi duduk di mejanya sekadar untuk
melihat bentuk tulisannya. Pendapatku, tulisan biasa saja… tipikal tulisan
lelaki, tidak secantik dan serapi tulisan perempuan tapi kemas. Cuma isi meja
yang sedikit berselerakan. Waktu itu aku seperti melihat dia di depanku, sibuk
belajar dan tidak peduli dengan lingkungan sekeliling. Workaholic. Itu juga
keperibadiannya yang aku suka. Dia seorang yang go – getter. Sentiasa mengejar
yang maksimal. Lain denganku, aku senang dengan kerja – kerja memberes – beres
seperti itu.Aku susun buku – bukunya. Aku kemaskan kertas – kertas yang tak
teratur. Tak mengapa, jika besok – besok masih berselerak juga, aku tetap akan
kemaskan untuknya.
Aku paling alergi dengan lelaki pengotor dan pemalas. Tak
mengapa jika sedikit ‘disorganised’ seperti dia. Contoh. Dia kerap kali memakai
baju tak bergosok ke kelas tapi baju itu masih terlihat putih bersih dan rapi.
Jauh bedanya dengan sesetengah lelaki yang benar – benar tak ambil pusing
tentang hygiene, entah kerana malas atau apa, sehingga baju putih yang sudah
tampak kusam, berbau dan berkedut seribu seolah baru di selongkar dari timbunan
baju – baju kotor masih juga dipakai. Masya Allah. Huu. Tak usahlah aku
panjangkan lagi deskripsinya. Bagi sesiapa yang belajar di sekolah berasrama,
ini hal biasa.
Terlalu banyak kenangan tentang dia yang masih terakam di
minda. Aku mohon pada Tuhan jangan pernah sampai aku terlupakan semua memori
itu. Tak mungkin juga dapat aku ceritakan semuanya di sini. Yang tertinggal
biarlah jadi rahsia hatiku sendiri. Rahsia tentang cinta yang akan kubawa
sampai mati.
Ramai temanku yang bertanya, mengapa kukenang lagi lelaki
yang tak pasti akan kembali? Mengapa juga aku mau menyiksa diri merindui dia
siang dan malamku. Sedangkan dia, mungkin sedang bahagia dengan orang lain.
Mungkin saja hatinya telah dimiliki. Tak ramai yang menyokong aku, kebanyakan
teman – teman menyuruh aku lupakan saja daripada aku kecewa akhirnya.
Orang boleh bicara apa saja. Tapi, bila menyangkut soal hati
dan perasaan, otak sendiri juga sudah tidak mampu berfikir. Tiada solusinya
lagi. Bukan aku yang memilih untuk menyayangi dia. Bukan aku juga yang tidak
mahu melupakannya. Aku tahu, aku harus berhadapan dengan banyak kemungkinan di
hari muka. Yang paling berat pastinya untuk merelakan hatinya dimiliki orang
lain. Pasti detik itu juga hatiku sudah menjadi debu yang diterbangkan angin.
Hancur, musnah. Semua orang tahu bagaimana rasa sakitnya bila impian dan
harapan yang bertahun – tahun terbina runtuh dalam suatu detik waktu sahaja.
Cuma, bila aku tak bisa memilih, bila hatiku masih terus menyayangi dia,
biarlah aku berdegil kali ini. Biar aku hadapi saat itu nanti.
Aku tak tahu apa yang menantiku di depan. Tapi aku yakin
dengan cintaku. Inilah cinta yang paling tulus aku rasakan dari sudut hati.
Perasaan ini tumbuh bersama aku, dan akan kuperjuangkan cinta untuk dia selama
aku masih punya peluang untuk terus mencintainya. Suatu saat, jika dia telah
membuat pilihannya sendiri, memilih wanita yang dia cintai, aku redha. Meski
harus merelakannya dengan tangisan dan perasaan yang luka. Aku cuma ingin dia
bahagia. Jika memang bukan aku yang dapat membuat dia bahagia, aku relakan.
Siapa pun yang dia cintai, pasti itulah yang terbaik untuk dia. Aku hanya bisa
bermimpi untuk hidup bersama dia. Aku tahu aku bukan sosok yang sempurna untuk
dia. Tapi aku ingin berubah. Aku ingin jadi yang terbaik untuknya. Semoga
peluang itu masih ada untukku. Semoga cintanya memang untuk diriku.
SUMBER : penulisan2u
Your Lovely,
nie eza tulis sendiri ke???
ReplyDeletex la.. amik dr penulisan2u... ada link kt bwh tu
Delete